Panduan Penyampaian Ceramah
Muqaddimah .
Seseorang tidak akan berubah melainkan setelah ada maklumat . Kita tidak akan membeli satu barang melainkan setelah kita mengetahui khasiat dan kebaikannya. Ini menggambarkan betapa pentingnya penerangan dalam suatu hal untuk meyakinkan seseorang bagi mendapat sesuatu .
Menyampaikan ceramah seumpama hendak menjual sesuatu produk kepada orang lain , produk yang baik dan berkualiti sekalipun , kalau tidak diterangkan dengan teknik dan strategi yang berkesan pasti tidak ada pembelinya , malahan produk yang tidak berkualiti pula , kalau disampaikan, dipromosi dan dikempen dengan hebat dan baik pasti akan menarik orang ramai untuk membelinya.
Orang yang memainkan peranan penting dalam mempromosikan produk ialah jurujual itu sendiri . Bagi menarik orang ramai membeli produk tersebut , jurujual akan menggunakan kepetahan bercakap , penampilan dirinya yang kemas , bahasa yang cukup menawan dan berbagai – bagai aksi lagi , disertai pula dengan demontrasi barangan . Sudah pasti cara ini akan menarik minat orang ramai membelinya .
Begitulah para penceramah , produk yang kita hendak pasarkan ialah Islam , PAS dan calon PAS . Produk yang akan kita pasarkan ini memerlukan teknik , taktik dan strategi yang sesuai dengan suasana setempat , situasi semasa , budaya dan sebagainya .
Dalam Islam , Rasulullah saw. Merupakan role model yang terbaik dalam menerangkan kepada manusia akan ajaran yang dibawa oleh baginda pada waktu itu yang dianggap dagang ( asing ) . Baginda menggunakan pelbagai kaedah dan pendekatan antaranya tamsil alam sekitar , logik , pujukan , tawaran , amaran , lisanul hal , khutbah dan lain – lain lagi .
Konsep Penerangan .
• Segala kegiatan penerangan menggunakan apa jua media yang ada hendaklah mengandungi ciri – ciri berikut :
• Penerangan sebagai I’LAM , iaitu proses untuk menyalurkan maklumat ( to inform ) mengenai fakta , sesuatu yang baru , menarik atau bagaimana sesuatu perubahan itu wujud dan berlaku .
• Penerangan sebagai TA’LIM , bermatlamat ke arah memberi pengajaran dan pelajaran untuk mempengaruhi ( to influence ) bagi mengubah fikiran dan pendirian atau untuk menggerakkan mereka agar aktif .
• Penerangan IRSYAD , bermatlamat ke arah membimbing dan tunjuk ajar. Suatu tugas untuk inspirasi ( to Inspire ) tentang kebaikan ( makruf ) supaya dihayati dan kemungkaran supaya dihindari .
• Penerangan sebagai DAKWAH , bermatlamat ke arah menyeru dan mengajak kepada perubahan sikap serta bertindak membangun yang makruf dan meruntuhkan yang mungkar.
Kesimpulannya , konsep penerangan ialah untuk menerangkan dasar perjuangan untuk menarik sokongan orang ramai kepada perjuangan ( Basyiiran wa Naziiran ) . Konsep penerangan bukan sahaja melalui mulut tetapi juga tingkah laku ( Lisaanul Hal ) , penulisan dan edaran risalah . Yang penting ialah penceramah mesti menjadi orang yang berjaya menarik orang lain untuk bersama dengan perjuangan Islam yang diperjuangkan oleh muslim .
Banyak bidang penerangan yang belum diterokai secara meluas oleh aim antaranya seperti risalah , kain rentang , laman web dan sebagainya. Janganlah kita hanya mengharapkan ceramah umum semata – mata kerana kita kekurangan penceramah yang boleh menarik orang ramai untuk datang ke program ceramah yang dianjur . Justeru itu , untuk menampung kekurangan ini hendaklah kita pelbagaikan program penerangan selain daripada rapat umum yang sememangnya menjadi agenda penerangan yang berkesan .
Tujuan Ceramah .
Ceramah yang dianjurkan oleh AIM bertujuan :
• Menjelaskan konsep Islam yang syumul sebagaimana yang diperjuangkan oleh islam selama ini.
• Menjelaskan dasar organisasi dan membetulkan pandangan dan sangkaan negatif terhadap AIM.
• Mengulas dan mengupas isu semasa dan menjawab segala tohmahan terhadap organisasi
Persiapan Asasi dan Etika Penceramah AIM .
• Ikhlas kerana Allah swt.
* Memahami dasar organisasi dan mekanisme AIM
• Memahami agama Allah swt.
• Memiliki ilmu dan fakta yang tepat
• Memiliki Qudwah Hasanah
• Sabar dan Tabah
• Lemah lembut dan penyayang
• Tawadhuk dan merendah diri
• Manis muka dan Indah tutur bicara
• Menjaga Akhlak , adab sopan dan tatasusila
• Sentiasa senyum dan mesra
• Berpakaian menarik , kemas serta sesuai dengan suasana setempat
• Menyampaikan ucapan dengan tertib , beradab dan sopan
• Tidak mengeluarkan perkataan dan kenyataan yang menimbulkan fitnah
• Tidak kasar dalam ucapan dan tindakan .
• Elakkan maki hamun dan caci nista tanpa asas
• Menepati janji dan waktu
• Senantiasa bermurah hati
• Menjaga nama baik organisasi
Pendekatan Penyampaian Dalam Ceramah .
Memilih Isu yang Sesuai .
Para penceramah perlu menyenaraikan isu yang ingin diulas dan disampaikan dalam ceramahnya. Pemilihan isu mestilah sesuai dan boleh membangkitkan minat responden untuk mendengar . Tidak semua isu boleh membangkitkan kesedaran kepada responden setempat walaupun isu tersebut dianggap besar dan penting seperti isu ekonomi , kemiskinan , manfaat produk AIM dan sebagainya.
Adakala isu yang dianggap kecil dan remeh tetapi kalau diolah dengan baik dan berkesan , ianya boleh mengubah minda responden. Sebab itu para penceramah mesti menguasai dan memahami isu semasa organisasi . Isu tempatan yang melibatkan kebajikan responden seperti TKKS wajar diberi fokus dalam ceramah. Penceramah jangan ghairah mengulas isu besar sehingga lupa isu tempatan yang responden sendiri terlibat dengan isu tersebut.
Kemukakan Tawaran AIM .
Penceramah AIM sewajarnya tidak lupa untuk menjelaskan tawaran dan keistimewaan AIM kepada responden sebagaimana yang termaktub di dalam dasar organisasi. Melalui pendekatan ini , penceramah mestilah terlebih dahulu memahami kandungan dasar organisasi .
.
Apa yang Perlu dielak oleh Penceramah .
Menyentuh isu – isu Sensitif .
Penceramah selayaknya berhati – hati mengungkap kata agar tidak menyinggung perasaan responden. Masa singkat sepanjang tempoh berjumpa dan berceramah di hadapan bakal sahabat tentu sahaja kita tidak mampu menjelaskan isu yang sensitif dan kontroversi . Adalah wajar penceramah memilih isu yang mewujudkan kebersamaan kita dengan responden dan sahabat.
Menggunakan Bahasa yang kesat dan Kasar .
Penceramah adalah pendakwah . Uslub mendidik , membimbing dan menasihati adalah lebih baik dan lebih mendekatkan pengundi kepada risalah perjuangan kita berbanding ucapan yang sarat dengan maki hamun .
Memperbodohkan Responden .
Hargai mereka dan jangan sekali – kali memperkecilkan mereka sekalipun mereka menempelak kaedah dan modus operandi AIM. Berikan harapan kepada mereka dan masa untuk mereka berfikir dan membuat perubahan . Merendah dirilah dihadapan mereka , bahawa kita yang gagal menyampaikan maklumat yang jelas kepada mereka atau maklumat kita terhalang sehingga mereka tidak menyertai AIM
Menghukum Responden .
Sekali lagi penceramah adalah pendakwah bukan penghukum. Justeru itu banyakkan pendekatan memberi nasihat , galakan dan motivasi untuk mereka menerima perjuangan untuk membantu meningkatkan ekonomi yang diperjuangkan oleh AIM .
Penutup .
Iringi setiap ucapan atau ceramah dengan doa dan munajat agar Allah mengurniakan petunjuk dan kekuatan kepada kita dan responden agar satu perubahan ( dari bathil kepada haq , dari jahiliyyah kepada Islam , dari kufur kepada Iman ) dapat dilakukan .
Jauhi maksiat atau mungkar sebaliknya tingkatkan prestasi taqwa , taat dan ubudiyyah kita kepada Allah swt. Serta hiasi diri dengan akhlak mahmudah dan imej mesra bakal sahabat.
Saturday, July 19, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment