Saturday, July 19, 2008

ERTI SEBUAH PENGORBANAN

ERTI SEBUAH PENGORBANAN

Alhamdulillah, dari ALLAH kita datang dan kepada ALLAH kita kembali. Sejak di alam roh kita telah berjanji dengan ALLAH untuk taat dan mengabdikan diri kepada-NYA dengan sepenuhnya, tetapi setelah dilahirkan di alam syuhada’, kita telah melupakannya. Tetapi ALLAH SWT telah mendatangkan seorang rasul dari kalangan manusia yang berat atasnya beban yang dipikulnya untuk menjadi panduan dan petunjuk kepada seluruh umat manusia mengingatkan kembali janji kita dengan ALLAH SWT supaya kita tidak mendapat azab yang pedih di hari yang kemudian dan moga–moga mendapat syurga yang penuh nikmat kebahagiaan. InsyaALLLAH.

Oleh itu, wajib atas kita percaya bahawa Islam merupakan agama yang sempurna dan diredhai oleh ALLAH. Asas bagi islam adalah akidah Islamiyyah yang didalamnya terkandung element keimanan dan ketakwaan yang menjadi dasar dalam menentukan darjat seseorang disisi ALLAH SWT. Dalam mengukuhkan keimanan dan ketakwaan kepada ALLAH SWT, satu-satunya cara adalah melalui pengorbanan. Kita lihat dalam sirah nabawiyyah, kekuatan RASULULLAH dan para sahabat adalah didapati melalui pengorbanan dan bersusah payah dalam perjuangan dakwah. Jika ALLAH berkehendak meletakkan hidayah kepada semua manusia dimuka bumi pada waktu itu nescaya semuanya akan beriman kepada ALLAH SWT. Tetapi mengapa ALLAH SWT, meletakkan Rasulullah dan para sahabat dalam keadaan genting dan menyiksakan semasa menegakkan Islam? Ini kerana ALLAH SWT, ingin menguji mereka sepertimana firman ALLAH dalam surah al-ankabut ayat 2-3,

“Adakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan : “kami telah beriman,”sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji (mencabar) orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya ALLAH mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang dusta”.

dan ALLAH SWT menjelaskan lagi dalam surah ali imran ayat 142,

“Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum nyata bagi ALLAH orang-orang yang berjihad diantaramu dan belum nyata orang-orang yang sabar”.

Dengan itu, jelaslah bagi kita bahawa keimanan dan ketakwaan bukannya sesuatu yang mudah dicapai walaupun mempunyai ilmu yang menggunung tinggi. Ilmu merupakan alat untuk kita melakukan pengorbanan untuk mendapatkan keimanan dan ketakwaan yang mantap. Imam Al-Ghazali menyatakan ilmu tanpa amal bagai pohon tanpa buah. Amal yang dimaksudkan boleh juga dirujuk sebagai pengorbanan.

Dunia sekarang telah banyak menipu pandangan mata dan juga pandangan hati kita. Kita sudah tidak dapat membezakan yang manakah permata dan yang manakah kaca. Justeru itu, untuk membezakan kaca dan permata ia perlu diuji dahulu dengan ujian yang teliti dan memerlukan kesabaran yang tinggi. Begitulah perumpamaan bagi manusia, untuk menilai ketulenan iman seseorang ia perlu diuji. Usah bicara sebelum diuji. Sudah menjadi fitrah manusia dalam inginkan kesenangan hidup yang materialistik tetapi, ingatlah yang terbaik hanyalah disisi ALLAH seperti dalam surah al imran ayat 14-15.

“dijadikan indah pada pandangan manusia kecintaan kepada apa-apa yang diinginkan iaitu wanita-wnita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan , binatang-binatang ternak dan sawah lading, itulah kesenangan hidup di dunia dan disisi ALLAH lah tempat kembali yang baik(syurga)”. Katakanlah: ingatlah aku khabarkan kepadamu apa yang lebih baik dari yang demikian itu? Untuk orang-orang yang bertakwa (kepada ALLAH) pada sisi Tuahn mereka ada syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai , mereka kekal di dalamnya.

Memang tidak dinafikan manusia dilahirkan dengan fitrahnya begitu, tapi harus diingat akal adalah penimbangtara untuk menentukan apakah yang terbaik. Apabila tiba satu masa dimana kta terpaksa memilih dunia atau pun ALLAH dan Rasul-NYA, maka pada waktu itulah akal akan memberi ekspresi terhadap perkara tersebut, dan pada waktu itulah kekuatan iman dan takwa akan membantu. Sepertimana dalam al-Quran menyatakan dalam surah at-taubah ayat 24

“katakanlah, jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluarga kamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai adalah lebih kamu cintai dari ALLAH danRasul-NYA dan berjihadlah dijalanNYA, maka tunggulah sehingga ALLAH mendatangkan keputusannya dan ALLAH tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik”.

Jelas bagi kita bahawa untuk mendapat keredhaan ALLAH bukannya sesuatu yang mudah. Kita terpaksa mengorbankan segala yang berbentuk realistik dan emperikal untuk mendapatkan dunia yang abadi. Jika diajukan soalan berkenaan adakah kita perlu mengorbankan kasih sayang ibubapa kerana Islam? Ya, perlu dimana bukan nya bermaksud kita perlu mengabaikan dan meninggalkan mereka bahkan kita perlu membahagiakan mereka dengan sebaiknya dan memberikan yang terbaik untuk mereka. Tetapi kita harus faham ibubapa kita tidak fahm sepertimana yang kita faham, oleh itu kita perlu mengunakan pendekatan yang terbaik dalam meletakkan mereka pada situasi yang sesuai dalam perjalanan dakwah. Kita melakukan pengorbanan ini bukan sahaja untuk mendapat kebahagiaan diri sendiri bahkan untuk ibubapa kita seterusnya seluruh umat manusia di akhirat kelak. Berdoalah kepada yang YANG MAHA AGUNG supaya DIA memberi faham kepada umat manusia khususnya ibubapa kita sendiri sepertimana kita faham betapa pentingnya pengorbanan dalam pejuangan menegakkan Islam dan meletakkan al-Quran sebagai perlembagaan yang tertinggi. Sahabat Rasulullah, Mus’ab bin Umaiyah seorang anak seorang bangsawan, telah mengorbankan segalanya hinggakan semasa dia mati Rasulullah menangis melihat keadaannya yang memilukan, dia tidak mempunyai kain yang cukup untuk mengkafankan drinya. Ya, sahabat . mendapat redha ALLAH, cukup susah. Kadang kala kita terpaksa menjadi gharib(pelik dari manusia biasa)

Sabda dari Rasulullah saw,” islam itu datang daripad gharib(dagang) dan akan kembali gharib(dagang), maka beruntunglah bagi orang-orang yang gharib(dagang).

Adakah wajib untuk kita berjuang sehingga sebegitu rupa? Bukankah kita sudah aman? Bukankah kita dah mempunyai negara Islam? Sudah ramai orang yang bejuang kenapa mesti kita? Cukuplah dengan amal ibadat yang dibuat, kita dah lakukan tahajud setiap malam, tak cukup lagi ke? aku dah berdakwah, tak perlulah terlalu estrim sehingga mengorbankan akademik? Bukankah belajar ilmu itu satu jihad, dan aku dah berjihad melawan hawanafsu aku bukankah aku dah layak untuk syurga ALLAH?

Inilah persoalan persoalan yang akan bermain dalam minda kita yang serba dangkal ini. Kita masih belum matang dan skop pemikiran masih sempit apatah lagi mengatakan diri mengenali islam. Kita tidak melihat kepada saudara- saudara kita yang lain yang memerlukan kita untuk menyelamatkan mereka dalam gelombang maksiat , sedangkan kita masih mementingkan diri sendiri, inikah ajaran ISLAM yang dibawa oleh Rasulullah, yang ditunjukkan Rasulullah? Islam tidak akan berjaya selagi pemikiran ini masih wujud dalam minda golongan yang mengatakan mereka memahami Islam. Tepuk dada Tanya iman.

Sabda Rasulullah saw,”Tidak beriman seorang itu, jika dia tidak menyayangi saudaranya sepertimana dia menyayangi dirinya sendiri.”

Pemikiran umat Islam sekarang telah dijajah oleh musuh ALLAH, kita perlu membebaskan penjajahan ini dari diri umat islam. Kita tidak mampu berseorangan dalam usaha ini , kita memerlukan teman yang memahaminya sama seperti kita memahami islam. Sahabat kita perlu bersatu, sahabat kita perlu bergabung , sahabat mari kita contohi rasulullah. Sahabat, rasulullah pun memerlukan sahabatnya untuk berjuang tetapi kenapa kita berseorangan? hebatkah kita sehingga boleh mengatasi dakwah Rasulullah.


Akhir kata, hidup sebagai hamba bukannya mudah, kita perlu terus melakukan kerja sehingga kita meninggal dunia. Semasa menbuat kerja perlulah melakukan yang terbaik dan bersungguh-sungguh semoga tuan kita menyayangi kita. Hidup ini satu perjuangan, jika berhentinya perjuangan nescaya berhentilah hidup kita. Semoga ALLAH memberi kefahaman yang sejati kepada kita dalam mendaulatkan ISLAM.

No comments: