Wednesday, July 23, 2008

SIFAT MALU DALAM MELENTUR KEPERIBADIAN MUSLIM

Malu mempunyai pengertian yang besar dalam islam. Sifat malu adalah sebahagian daripada iman. Mereka yang telah hilang sifat malu adalah orang yang tipis imannya. Ini kerana malu dan iman berjalan beriringan. Jika salah satu ditinggalkan, maka kedua-duanya akan hilang.

Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah saw ada bersabda bermaksud: "Iman itu ada lebih 60 cabang. Dan sifat malu adalah sebahagian daripada cabang iman."

Malu atau haya dalam bahasa arab berasal daripada perkataan hayat yang bermaksud kehidupan. Ia mencakupi sifat malu, memelihara aib diri dan orang lain, kesopanan, harga diri dan bersikap jujur dalam menjaga dan memelihara maruah kerana Allah.

Islam menggariskan sifat malu itu perlu ada pada diri setiap muslim sebagai perisai kepada orang yang beriman setiap kali hendak melakukan pekerjaan atau perbuatan dosa. Mereka yang benar-benar beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan hari kiamat adalah mereka yang mempunyai sifat malu yang teramat sangat setiap kali ingin membuat dosa, biarpun ia bukanlah sesuatu yang disengajakan.

Rasulullah mengajar umat Islam mengenai perkara pentingnya seseorang menghiasi dirinya dengan sifat malu. Dan betapa malunya seorang yang bergelar muslim tetapi tidak mempunyai sifat malu sebagai hamba kepada Allah.

Abdullah ibn Umar meriwayatkan bahawa Rasulullah berjalan melintasi seorang pemuda yang memarahi saudara lelakinya yang sangat pemalu. "engkau seorang yang sangat pemalu dan aku bimbang sifat malumu itu akan memusnahkan dirimu". Mendengar kata-kata lelaki itu, Rasulullah bersabda, "Tinggalkanlah ia, kerana sifat pemalu itu sebahagian daripada iman". (Bukhari)

Kedua-dua hadis diatas membuktikan bahawa sifat pemalu bukan dikhususkan untuk kaum wanita tetapi mesti ada pada kaum lelaki yang beriman kepada Allah s.w.t dan hari akhirat. Sifat pemalu adalah lambang taqwa (takutkan Allah) dan lambang ketinggian iman seseorang Muslim itu.

*JENIS-JENIS SIFAT MALU

Sifat pemalu ada dua jenis. Pertama, malu untuk kebaikan dan kedua, malu yang bersifat kejahatan. Malu yang baik ialah malu hendak melanggar peraturan Allah dan RasulNya manakala sifat malu yang dibenci Allah adalah seorang yang malu hendak mengikut perintah Allah dan RasulNya. sebaliknya tidak pula malu menjadi seorang yang ingkar akan perinyahNya.

Contoh sifat malu yang baik dan diredhai Allah adalah seorang yang beriman membina peribadi mulia mengikut yang diperintahkan Allah dan Rasulullah. Mereka (lelaki atau wanita Muslim) malu hendak melakukan perkara yang dibenci Allah kerana di akhirat nanti setiap perbuatan dosa-dosanya akan ditayangkan semula dihadapan Allah dan semua umat manusia pada hari pembalasan. Adakah rasa malu yang lebih hebat dari itu?

Mereka yang ada sifat malu akan sentiasa mengikut segala yang diperintahkan dan menjauhi larangan Allah dan Rasul-Nya. Sesungguhnya Allah sentiasa melihat apa yang kita lakukan, dan setiap perbuatan biar sekecil kuman sekalipun akan tetap disoal dan diberi pemberi pembalasan oleh Allah.

Jadi lebih tebal rasa malu seseorang, sebenarnya akan lebih mendekatkan dia dengan kasih sayang Allah. Adakah perkara yang lebih membahagiakan daripada mendapat kasih sayang dan perlindungan daripada segala yang berkuasa iaitu Allah?

*MALU DALAM MASYARAKAT

Dalam masyarakat juga perlu ada sifat malu. Sama ada dalam perhubungan ibu dengan anak, suami dan isteri, adik-beradik, saudara mara dan jiran tetangga. Seorang anak yang beriman dan ada sifat malu tidak akan sekali-kali melakukan perbuatan yang menyakitkan hati ibu dan bapanya, Seoarang isteri tidak akan membuat perkara yang tidak menggembirakan hati suaminya dan begitu juga sebaliknya.

Seseorang yang telah hilang rasa malu menunjukkan bukti kelemahan imannya. Adalah sangat dilarang seorang Muslim itu apabila ia enggan mematuhi apa yang dianjurkan oleh Islam supaya dia melakukannya kerana malu dilihat oleh orang lain. Malu yang utama ialah malu kepada Allah yang Maha Mengetahui akan semua perkara.

Dalam mengutamakan kehidupan akhirat, seseorang itu tidak patut malu mencari guru untuk dia belajar bagi mengatasi kejahilannya. Ini adalah kerana ilmu yang paling bermanfaat ialah ilmu yang menjadi bekalan untuk akhirat.

Ini bermakna seseorang yang malu atau takut untuk mencari ilmu mengenai Islam akan bimbang terhadap mafhumNya di dalam Al-Quran, kerana seseorang Muslim itu digalakkan mencari ilmu dan menyebarkannya kepada orang lain.

Dari segi pekerjaan dari pandangan Islam, seorang guru itu dipandang tinggi berbanding pekerjaan lain yang bersifat keduniaan. Seorang guru itu lebih dipandang mulia disisi Allah berbanding dengan seorang yang hanya duduk menghabiskan masa beribadat dan berdoa sepanjang hari.

Islam tidak pernah memisahkan agama dengan kehidupan dunia. Sebab itulah daripada Rasulullah, Islam telah dilengkapkan kesemua sekali, baik dari segi perundangan, perniagaan, sains, perhubungan sosial, pengurusan harta dan lain- lain. Tetapi, kita masih malu untuk mengikuti apa yang diperintahkan Allah. Malu sebeginilah yang ditegah oleh Allah dan Rasulullah.

*MALU PADA KAUM WANITA

Kemodenan hari ini banyak merubah cara kaum wanita Islam kita dalam cara berpakaian. Ramai yang megenakan seluar ketat, mendedahkan bahagian perut dan pusat, berpakaian menjolok mata dan tidak mahu memakai tudung sebagaimana yang disyariatkan oleh Allah. Ramai yang sudah hilang malu, menonjolkan diri untuk memancing pandangan semua orang. Ini termasuklah bebas berdua-duaan bersama-sama pasangan yang bukan muhrim mereka. Pandangan seperti ini sudah menjadi perkara biasa di negara ini atau di mana-mana jua.

Seorang muslimah yang patuh kepada perintah Allah dan RasulNya tidak akan menggadaikan maruah diri semata-mata mahu nampak moden dan mengikut perkembangan semasa. Wanita wajib malu mendedahkan diri mereka kepada lelaki yang boleh dikahwini dan ditengah-tengah masyarakatnya. Malu seorang wanita itu datang daripada sifat malu kerana takutkan Allah.

Begitu juga dengan kes-kes sumbang mahram yang amat memalukan kita khususnya umat Islam. Perbuatan ini amat hina kerana sanggup menodai dan memakan darah daging sendiri yang sepatutnya adalah amanah Allah kepada bapanya, abang datuk dan bapa saudara memelihara kehormatannya.

Dalam satu hadis yang diriwayatkanoleh Abdullah Ibn Umar, Rasulullah saw bersabda:

"Sifat malu dan iman itu seiringan. Jika salah satu ditinggalkan, maka kedua-duanya akan hilang."(Baihaqi)

Sifat malu dan memelihara kehormatan seseorang ini amat penting dan sangat dititikberatkan dalam Islam. Malu adalah perhiasan dan perisai kepada lelaki dan wanita yang percayakan ada pembalasan pada hari akhirat. Perisai inilah yang menghalang mereka daripada terjerumus melakukan dosa dan noda, zahir dan batin.

Hadis riwayat Anas bin Malik,Rasullullah saw bersabda:

"Apabila seseorang menyertakan keghairahan atau tarikan berahi kepada setiap perkara yang dilakukannya, ia akan menjadi keburukan, dan apabila malu disertakan dalam setiap perbuatan ia akan menjadi indah."(Tirmidhi)

*DI ZAMAN RASULULLAH

Orang beriman pada zaman Rasulullah apabila baginda membacakan ayat tentang hijab yang diturunkan kepadanya, semua orang Quraish dan Ansar berlari pulang ke rumah masing-masing memberitahu isteri, anak perempuan dan saudara perempuan mereka mengenai perintah Allah dan Rasulullah supaya menutup aurat dan kepala mereka. Bagi yang sudah memakai tudung kepala, segera membetulkannya dan mereka yang masih belum memakai tudung, mencapai kain atau apa saja kain buat menutup kepala mereka.

Ini diterangkan dalam hadis riwayat Aisyah,

"Semoga Allah memberi rahmat kepada wanita muhajirin. Apabila ayat 'dan mereka hendaklah melabuhkan tudung hingga menutupi bahagian dada mereka' dibacakan, mereka mencarik kain daripada pakaian yang mereka ada dan menutupi kepala mereka".(Abu Dawod)

Seorang muSlim patut faham, tiada sifat malu itu samalah kita mengikuti jalan syaitan sebagaimana disebutkan dalam hadis riwayat Malik bin Uhamir yang mendengar Rasulullah bersabda:

"Allah tidak akan menerima sebarang amalan atau ketaatan seseorang yang tiada sifat malu dan angkuh".

Kami Bertanya: 'Siapakah orangnya yang angkuh dan tidak mempunyai malu ini ya Rasulullah?'

"Seorang lelaki yang membiarkan isterinya melayani lelaki bukan muhrimnya".

Maksud melayani ini ialah si isteri dibiar atau dibiarkan mempamerkan kecantikkannya pada khalayak ramai (tidakmemakai hijab). Bermakna dia bebas dipandang oleh lelaki yang bukan muhrimnya.

Al-Mughira meriwayatkan:Sa'd bin Ubada berkata,"Aku tidak akan teragak-agak membunuh isteriku dengan pedangku sekiranya aku melihat dia dengan lelaki lain." Berita ini disampaikan kepada Rasulullah saw dan Baginda bersabda:

"Kamu semua terpegun dengan harga diri dan kemuliaan Sa'd. Demi Allah, aku ini lebih mempunyai harga diri dan kerana Allah itu lebih mempunyai harga diri. Dia mengetahui segala dosa dan perkara yang memalukan dilakukan oleh kamu baik secara terang mahupun tersembunyi. Dan hendaklah kamu kembali kepadanya dan memohon keampunan Allah dan untuk itu Dia membawa berita gembira dan amaran. Dan tiada yang lebih suka dipuji melainkan Allah dan untuk itu Allah menjanjikan balasan syurga kepada mereka yang membuat kebajikan."

Abdul Malik berkata,
"Tiada siapa yang lebih malu berbanding dengan Allah."(Sahih Bukhari)

Rasulullah saw bersabda:
"Setiap cara hidup ada karektornya. Dan malu itu adalah karektor Islam." ATAU

"Setiap agama ada karektornya. Dan karektor Islam adalah malu". (Abu Dawod)

Sifat malu itu hanya membawa kepada kebaikan. Sebagaimana sabda Rasulullah saw:

"Malu itu tidak akan menyebabkan perkara lain kecuali untuk kebaikan."(Bukhari)

Malu itu lambang iman dan malu itu membawa kita ke syurga. Rasulullah saw bersabda:
"Malu itu datangnya daripada keimanan dan iman itu membawa ke syurga. Dan sebaliknya adalah membawa kepada neraka".(Bukhari)

Rasulullah bersabda:
"Malu dan amanah adalah perkara yang mula-mula sekali hilang dari dunia ini, sebab itu mintalah dengan Allah untuk kedua-duanya".(Bukhari)


MUTIARA:

"Sa'ad bin Hilal berkata:

"Sesungguhnya bagi seorang hamba yang membuat dosa, maka Allah swt akan [masih] memberikan kepadanya empat perkara;

1. rezeki tidak akan dihilangkan darinya
2. kesihatan tidak akan hilang darinya
3. dosa tidak akan ditunjukkan kepadanya
4. seksaan tidak akan didatangkan kepadanya secara cepat"

JIKA MANUSIA TANPA TAQWA

Kalau Kita Tidak Bertaqwa

Kebanyakan orang menganggap bahkan yakin bahawa dunia dan manusia ini tidak akan selamat kalau duit tidak cukup, atau ilmu tidak tinggi, atau tidak ada kuasa atau pembangunan dan kemodenan tidak tercapai. Tegasnya kalau tidak tiru apa yang Barat buat, tidak jadi macam Barat, tidak akan selamat. Maka berlumba-lumbalah kita mengejarnya. Seluruh jentera kemodenan dan pembangunan dikerahkan ke arah tujuan tadi.

Hingga hari ini, sedikit sebanyak kita sudah membangun seperti yang kita kehendaki. Negara kita sudah agak maju dan cantik, berkat meniru pembangunan Barat. Ekonomi pun seakan-akan sudah pulih, walaupun belum ada seorang umat Islam yang dapat membangunkan supermarket di seluruh shopping centre di negara kita. Walaupun masih banyak gerai-gerai Melayu di tepi-tepi jalan tetapi menempah sejarah pendek umur.

Dari segi ilmu pun boleh dibanggakan memandangkan Universiti yang kian bertambah dan mereka yang berdegree bertambah ramai. Namun ilmuan-ilmuan tadi tetap tidak boleh hidup kalau tidak diberi gaji. Yang tidak diberi kerja jadi bebanan pula pada negara. Mereka tetap tidak boleh berdikari untuk membina pembangunan dan perindutrian sendiri yang bebas dari makan gaji. Di samping itu akhlak lulusan tinggi tetap tidak jauh beza dengan akhlak yang ada pada lulusan rendah, bahkan ada yang lebih teruk lagi.

Soalnya, hingga di tahap ini, adakah kita sudah mendapat masyarakat bahagia yang hidup penuh aman damai?

Memandangkan pada penyakit masyarakat yang bertimpa-timpa dan kian kronik, masalah tidak habis-habis, tentu kita belum boleh mengatakan masyarakat kita sudah bahagia. Memang mungkin ada individu-individu atau keluarga-keluarga yang merasainya, tetapi ini bukan majoriti. Ini tidak boleh mencorak masyarakat.

Secara umum penguasa-penguasa tidak bahagia oleh penyakit gila kuasa. Orang kaya tidak bahagia kerana penyakit gila dunia. Orang miskin tidak bahagia kerana sering rindu pada harta. Ulama-ulama tidak bahagia kerana takut periuk nasi terancam. Ibu bapa hilang bahagia kerana anak-anak derhaka. Isteri-isteri hilang bahagia kerana suami tidak bertanggungjawab. Guru tidak bahagia dengan perangai anak muridnya. Pemudi-pemudi tidak bahagia kerana diganggu dan tukut jadi andartu. Pemuda hilang bahagia kerana susah hendak kahwin. Dan macam-macam lagi penyakit yang sedang meragut kebahagiaan hidup dalam masyarakat kita.

Dalam keadaan ini, apakah kemajuan pembangunan, kemodenan, ekonomi dan keilmuan tinggi tadi mampu berperanan menyelesaikan masalah ini? Kita lihat bahawa kemodenan hidup di Barat menghantar manusia ke kancah kehidupan yang bergelora. Contohnya, ramai sudah orang Barat yang hidup dengan anjing atau bertemankan kucing kerana kebahagiaan dengan sesama manusia sudah tiada. Maka apa ertinya dengan segala pembangunan dan kemajuan tadi?

Kebahagiaan sebenarnya bukan terletak pada kebendaan lahiriah. Rasa bahagia itu tempatnya di hati. Kalau hati senang, dalam miskin pun rasa bahagia. Sebaliknya kalau hati rosak binasa maka ilmu tinggi manapun, kaya raya macam manapun atau sebesar manapun pangkat, tetap tidak bahagia hidupnya yang memang jadi pengalaman semua orang.

Kerana itu, untuk mencapai kebahagiaan hidup, apa yang mesti diutamakan ialah mendidik hati dengan iman dan taqwa. Bukan dengan duit, pangkat, ilmu tinggi, kemewahan dan kemodenan.

Iman dan taqwa boleh membuatkan orang miskin terhibur dengan kemiskinan. Iman dan taqwa boleh membuatkan orang kaya pemurah dengan hartanya, terhibur untuk taat ibu bapa, isteri suka dan terhibur untuk taat pada suami, pengikut terhibur mentaati pemimpinnya, anak murid terhibur untuk hormat dan kasih pada guru, si gadis jadi malu serta terhibur tinggal di rumah dan pemuda jadi sungguh bertanggungjawab pada masyarakat dan negaranya.

Bila manusia sudah berada pada tahap ini, barulah duit dan harta banyak akan membawa bahagia. Barulah pangkat tinggi berguna dan segala kemodenan dan pembangunan akan jadi sumber keselesaan hidup yang bermakna.

Hari ini ianya belum berlaku. Kerana hanya memikirkan negara maju, maka yang terus maju ialah negara bukan orangnya. Yang membangun ialah negara, namun masyarakatnya tidak dibangunkan jiwanya. Masyarakat manusianya dibiarkan bermain dengan nafsu, tidak dihiasi dengan iman dan taqwa.Maka nafsulah yang menjadi raja dan jadi Tuhan. Nafsulah yang mengatur kehidupan. Sebab itu masyarakat jadi huru-hara.

Saya suka menyenaraikan nafsu jahat yang bersarang dan menjadi ‘Tuhan’ dalam diri manusia itu.

Kalau orang kaya tidak bertaqwa maka jadilah hatinya penuh dengan sombong, ego, suka membazir, riak, suka menunjuk-nunjuk, menyalahgunakan harta seperti untuk mengumpan perempuan cantik, rasuah, suka berlumba-lumba dengan sesama kaya, dan dalam pada itu masing-masing kata mengata.

Meraka berbangga dengan rumah besar, dengan perabut kemas lagi mewah. Mereka bercuti ke sana ke mari. Beli barang bukan di Malaysia tetapi impot dari London. Duit orang kaya lebih banyak daripada duit negara. Walhal mereka tahu bahawa masyarakat umum miskin. Tabung perjuangan Islam, tabung anak-anak yatim, tabung rumah kebajikan dan lain-lain lagi sentiasa kosong malah berhutang-hutang, negara tidak cukup duit untuk membiayai rakyat, tetapi orang kayanya sangat membazir. Dalam keadaan ini sampai bila pun manusia tetap akan berada dalam keadaan tidak puas hati.

Sepatutnya, orang-orang kaya sanggup menjadi bank kepada masyarakat, bank akhirat, yang memberi pinjaman tanpa riba dan tidak minta dibayar di dunia. Sebab mereka faham kekayaan adalah pinjaman Allah, maka mereka membelanjakannya menurut yang diredhai Allah dan mengharap ganjaran dari Allah di akhirat.

Orang miskin kalau tidak bertaqwa maka tidaklah selamat hatinya dari sifat-sifat yang buruk seperti tidak sabar dengan kemiskinan dan mereka sangat hasad dengki dan sakit hati dengan orang berada. Keinginan untuk kaya sangatlah tebal hingga bila tidak kaya-kaya juga, mereka jadi putus asa dengan Allah. Ini menyebabkan mereka berbuat apa saja untuk jadi kaya. Merompak, menyamun, menipu, seluk saku dan lain-lain bentuk kecurian telah berleluasa dalam masyarakat, sehinggalah bagi setengah mereka telah menjadi pekerjaan tetap dan telah mendatangkan pendapatan yang lumayan. Hingga kerana itu, masyarakat sentiasa dalam ketakutan.

Tidak sepatutnya perkara-perkara ini berlaku dalam masyarakat umat Islam. Kerana orang Mukmin yang bertaqwa, kalau dia miskin, dia redha dengan takdir Allah. Dia rasa memadai dengan kemiskinannya dan tidak berhasad dengki dengan orang yang kaya. Dia tidak terseksa dengan kemiskinan di dunia demi mengharapkan kekayaan yang Allah janjikan di akhirat.

Para-para suami tidak bertanggungjawab kepada ahli keluarga, membiarkan isteri dan anak-anak tanpa didikan agama yang sempurna. Sibuk mencari harta dunia sehingga lalai dalam tanggungjawab. Seorang suami juga sebagai seorang ayah yang tidak bertaqwa tidak akan dapat menunaikan tanggungjawabnya dengan baik dan sempurna lahir dan batin. Mereka membiarkan isteri dan anak-anak bebas keluar masuk rumah dengan tidak menjaga kehormatan.

Kaum ibu atau wanita kalau tidak bertaqwa maka kerja mereka ialah mengumpat, bersolek untuk tujuan menunjuk-nunjuk, gila dunia yakni gilakan perabut, hiasan, gelang, pakaian berfesyen-fesyen hingga lupa pada Allah, dan lupa pada akhirat. Seorang isteri yang tidak bertaqwa tidak akan dapat melayan dan mentaati suami dengan baik disebabkan tidak ada pada mereka sifat merendah diri dan memandang mulia pada suami. Mereka bebas untuk keluar masuk rumah dan menyusun program sendiri tanpa memikirkan apa kata suami.

Bila isteri berada dalam keadaan begini maka rumahtangga bukan lagi gelanggang cinta dan kasih sayang, untuk suami merasa berada dalam mahligai yang penuh kebahagiaan dengan anak-anak yang terdidik dengan akhlak mulia dan ilmu yang berguna. Rumahtangga tidak menjanjikan kebahagiaan.

Lalu jadilah apa yang telah dan sedang terjadi. Oleh kerana semua manusia inginkan kasih sayang dan kebahagiaan, dan di rumah tidak dapat menyediakan itu semua, maka tentu mereka cari di luar. Disko, kelab malam dan tempat manusia mancari kasih dan kebahagiaan secara keji itu sering penuh, bahkan merupakan satu perniagaan yang sangat menguntungkan. Ada yang menagih kasih dan bahagia dari dadah, dari arak dan dari segala hiburan-hiburan yang kotor-kotor. Mereka menyangka di situlah kebahagiaan hidup, walaupun mereka sedar bahawa melakukan semua itu bererti kehinaan dan kebinasaan hidup. Sabda Rasulullah saw bermaksud:

“Dunia ini ialah perhiasan. Dan perhiasan yang paling cantik ialah wanita solehah.”

Semua orang tertarik pada perhiasan. Apa lagi kalau alat perhiasan itu adalah sesuatu yang sangat cantik. Jadi, kalau dalam sebuah rumah itu ada wanita solehah, maka ahli-ahli rumah itu akan tertarik untuk sentiasa berada di rumah kerana ada penyejuk serta penenang hati dan mata mereka. Rumah adalah hiburan dan ketenangan hati mereka.

Kalau pemuda atau pemudi tidak bertaqwa, maka jadilah mereka manusia yang suka berpoya-poya, bercinta-cintaan dan berlagak ke hulu ke hilir dan rasa ingin menunjuk-nunjuk diri. Bahkan menjadi kutu jalan. Mereka mengorat perempuan-perempuan tanpa malu bahkan sudah jadi permainan yang lumrah. Rasa hasad dengki, iri hati dan cemburu sesama sendiri bersarang penuh dalam hati mereka. Mereka sering berangan-angan, khayal dan lalai dari tugas-tugas yang sepatutnya. Dan semua ini dapat kita saksikan dalam lakonan hidup mereka. Kes-kes zina di kalangan muda mudi yang turut melibatkan pelajar-pelajar sekolah sudah jadi perkara biasa dan seakan-akan mahu dibiarkan berterusan oleh kita.

Terlalu sedikit muda mudi yang memperjuangkan agama Islam, bangsa, negara dan tamadun umat supaya kita jadi gagah dan mulia di mata dunia. Yang banyaknya mereka itu sedang membina budaya lucah, gila harta, gila wanita, gila pangkat dan saling berebutan membuat jentera penggerak pembangunan tamadun dan nilai kita jadi lemah dan lembab sekali.

Mereka tidak kerja kalau bukan makan gaji. Masa kosong dibuang ke padang bola, bukan memikirkan projek pertanian, perindustrian dan lain-lain yang sungguh penting untuk membina kekuatan umat. Berapa kerat muda mudi yang dapat menunaikan sepenuhnya tuntutan sembahyang lima kali sehari itu? Maka sebanyak itu sajalah dari mereka yang boleh diletakkan harapan, selebihnya adalah pengganggu, pengacau dan penghalang perjuangan kebenaran.

Muda mudi yang bertaqwa ialah orang-orang yang serius terhadap tanggungjawab pada agama bangsa dan negara. Mereka menyediakan tenaga, masa, fikiran dan semangat untuk tugas ‘Khalifah Allah’ di dunia. Mereka sanggup tinggalkan budaya berseronok-seronok, berpoya-poya dan berlagak serta bergaya tidak menentu.

Begitulah jauh bezanya antara umat yang bertaqwa dan tidak bertaqwa. kalaulah kita dapat capai maqam ini, insyaAllah akan jadilah kita bangsa dan agama yang aman makmur, seperti yang kita laungkan dan idam-idamkan. Sebagaimana yang difirmankan oleh Allah:

“Negara yang makmur dan mendapat keampunan Allah.”

Tuesday, July 22, 2008

DIALOG DENGAN YAB MB KELANTAN 1997



1997 - PERTEMUAN INI BERLANGSUNG PADA TAHUN 1997 DI BILIK MESYUARAT EXCO KERAJAAN NEGERI KELANTAN BERSAMA YAB TUAN GURU MENTERI BESAR KELANTAN DAN TURUT DIHADIRI OLEH YB USTAZ MUAHAMD HUSSIN , AHLI PARLIMEN PASIR PUTEH (DULUNYA PEGAWAI KHAS MB). PERTEMUAN INI SEMASA AKU MENJAWAT JAWATAN SEBAGAI YANG DIPERTUA HIMPUNAN ANAK-ANAK KELANTAN (HAAKUSM) USM PULAU PINANG . PERTEMUAN INI DIATUR HASIL PANDANGAN TEMAN-TEMAN SEPERJUANGAN PADA KETIKA ITU UNTUK MELIHAT DASAR DAN POLISI KERAJAAN NEGERI TERHADAP PEMBANGUNAN PENDIDIKAN TINGGI DAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA DI NEGERI KELANTAN.

KISAH JIBRAIL DAN MIMPI NABI


Kisah Jibrail

Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud" "Setelah Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata :" Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?." Lalu Allah berfirman yang bermaksud.. "Tidak.."

Kemudian JIbrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap2 rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

SetelaH selesai jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud..

"Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi diakhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya 'Muhammad." Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa; sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam=macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."

Kemudian Jibrail as berkata:"Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"

Lalu Allah berfirman yang bermaksud..

"Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..." Kemudian JIbrail as meminta izin keada Allah untuk melihat syura Ma'waa. Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalana 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:" Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya?"

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud..

"Wahai JIbrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan....."

Mimpi Rasulullah

Mimpi adalah sesuatu yang sering dialami oleh setiap manusia terutamanya di waktu sedang tidur. Adakala mimpi itu buruk dan ada pula yang baik. Apabila bermimpi sesuatu yang baik seperti sedang membaca Al-Quran,solat, disanjung orang dan seumpamanya, ucapkanlah syukur dan memuji Tuhan. Sebaliknya jika ia mengerikan dan menakutkan sehingga membuat kita keluh kesah, segeralah mengucap istighfar dan keampunan kepada Allah SWT.

Kadang-kadang mimpi itu akan menjadi kenyataan dan kadang-kadang ianya mainan tidur. Ulama-ulama dan wali Allah sering dapat melihat alam ghaib seperti suasana di dalam kubur (seksa dan nikmat) melalui mimpi. Petikan dari sebuah hadis yang telah disebut oleh Imam As Sayuthi, Al Tabrani,Al Hakim At Termizi dan Al Isfahani dalam kitab mereka yang bermaksud:

1) Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi yang ajaib malam kelmarin. Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatangi oleh Malaikat Maut untuk mengambil nyawa, maka malaikat itu telah terhalang oleh ketaatannya kepada kedua ibu bapanya.

2) Aku melihat juga seorang dari umatku telah disediakan untuk menerima seksa kubur, maka dia telah diselamatkan oleh kesan wuduknya.

3) Aku melihat juga seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan, maka ia telah dibebaskan dari bahayanya oleh berkat zikrullah.

4) Aku melihat juga seorang dari umatku diseret oleh Malaikat Azab maka segera muncul solatnya serta melepaskannya dari azab tersebut.

5) Aku melihat juga seorang dari umatku sedang ditimpa dahaga yang teramat sangat, setiap ia mendatangi sesuatu perigi, dihalang untuk meminumnya, maka segera datang puasanya serta memberinya minum hingga ia merasa puas.

6) Aku melihat juga seorang dari umatku yang mengunjungi kumpulan para nabi, yang ketika itu sedang duduk berkumpul-kumpul, setiap kali dia mendekati mereka, dia diusir dari situ, maka menjelmalah mandi junubnya sambil memimpinnya ke kumpulan itu seraya menunjukkan supaya duduk di sisiku.

7) Aku melihat juga seorang dari umatku dikabusi oleh suasana gelap, di hadapannya gelap, di kanannya gelap, di kirinya gelap, di atasnya gelap, di bawahnya juga gelap, sedang ia dalam keadaan bingung. Maka datanglah pahala haji dan umrahnya, lalu mengeluarkan dari suasana gelap-gelita itu lalu memasukkannya ke dalam suasana terang-benderang.

8) Aku melihat juga seorang dari umatku berbicara kepada Mukminin, akan tetapi tidak seorang pun dari mereka yang mahu berbicara dengannya, maka menjelmalah silaturrahimnya seraya menyeru orang-orang itu, katanya:Wahai kaum Mukminin sambutlah bicaranya, lalu mereka pun berbicaralah dengannya.

9) Aku melihat seorang dari umatku sedang menepis-nepis bahang api dan percikannya dari mukanya, maka segera datanglah pahala sedekahnya lalu melindungi muka dan kepalanya dari bahaya api itu.

10) Aku melihat juga seorang dari umatku sedang diseret oleh Malaikat Zabaniah ke merata tempat, maka menjelmalah Amar Makruf dan Nahimunkar seraya menyelamatnya dari cengkaman neraka serta menyerahkannya pula kepada Malaikat Rahmat.

11) Aku melihat juga seorang dari umatku sedang merangkak-rangkak, antaranya dengan Tuhan dipasang tabir, maka menjelmalah budi pekerti seraya memimpinnya sehingga dibuka pemisah tadi dan masuklah ia ke hadrat Allah Taala.

12) Aku melihat juga seorang dari umatku terheret ke sebelah kiri oleh buku catatannya, maka menjelmalah perasaan kepada Allah menukarkan tujuan buku catatan itu ke arah kanan.

13) Aku melihat juga seorang dari umatku terangkat timbangannya, maka menjelmalah anak-anaknya yang mati kecil lalu menekan timbangan itu sehingga menjadi berat.

14) Aku melihat juga seorang dari umatku sedang berdiri di pinggir Jahanam, maka menjelmalah perasaan gerunnya terhadap seksa Allah Taala lalu membawa jauh dari tempat itu.

15) Aku melihat juga seorang dari umatku terjerumus ke dalam api neraka, maka datanglah air matanya yang mengalir kerana takut kepada Allah Taala lalu menyelamatkanya dari api neraka itu.

16) Aku melihat juga seorang dari umatku sedang meniti sirat manakala seluruh tubuhnya bergoncang seperti bergoncangnya dedaun yang ditiup angin, maka menjelmalah baik sangkanya terhadap Allah Taala lalu mententeramkan kegoncangan itu lalu dengan mudah meniti hingga ke hujung titian itu.

17) Aku melihat juga seorang dari umatku sedang meniti atas titian sirat, kadangkala ia merangkak dan kadangkala ia meniarap, maka menjelmalah solat menyeru kepadaku lalu aku memimpin tangannya dan mengajaknya berdiri dan meniti hingga ke penghujung titian itu.

18) Aku melihat juga seorang dari umatku sedang hampir tiba di pintu syurga, tiba-tiba pintu-pintunya ditutup, maka menjelmalah penyaksiannya bahawa tiada Tuhan melainkan Allah lalu membukakan pintu-pintu syurga itu untuknya sehingga ia boleh memasukinya.

19) Aku melihat ada ramai orang yang digunting-gunting lidahnya, maka aku bertanya kepada Jibril siapakah mereka itu, maka Jibril menjawab: Mereka itulah orang-orang yang suka 'membawa mulut' ke sana ke mari.

20) Aku melihat juga orang-orang yang digantung dengan lidah-lidah mereka, maka aku bertanya Jibril siapakah mereka itu, maka Jibril menjawab: Mereka itulah orang-orang yang melempar tuduhan terhadap kaum Mukminin dan Mukminat dengan tuduhan tanpa bukti dan palsu.

Enam Golongan Yang Dilaknat Oleh Allah SWT

1. Orang yang menokok tambah kitab Allah.

2. Orang yang mendustakan ketetapan Allah.

3. Orang yang menghina orang yang dimuliakan Allah dan memuliakan orang yang dihinakan oleh Allah.

4. Orang yang mengharamkan apa yang dihalalkan Allah.

5. Orang yang menghalalkan apa yang diharamkan Allah.

6. Orang yang menghina keluarga Rasulullah S.A.W, padahal Allah mengharamkannya serta orang yang meninggalkan sunnah.

SOLAT BERJEMAAH




Solat Berjamaah dari Pandangan Non-Muslim dan Sains

Assalamualaikum para sahabat dan sahabiah sekelian.

Cerita ini saya dengar dari satu kuliah agama yang diceritakan oleh seorang ustaz (maaf, terlupa nama ustaz tu). Marilah kita bersama-sama renungkan pengajaran daripada cerita ini dan menyingkap sedikit ke dalam diri kita tentang sejauh mana kita cuba menuruti perintah agama dalam mencari kelebihan dalam setiap amalan kita, terutamanya solat (berjamaah).

Diceritakan bahawa seorang profesor dalam bidang fizik di sebuah universiti di Amerika Syarikat, telah membuat satu kajian tentang mengapa disyariatkan solat berjamaah di dalam Islam dan kelebihan solat berjamaah tersebut dalam kehidupan umat Islam. Menurut profesor itu, tubuh badan kita (manusia) terdiri daripada dua cas elektrik iaitu cas positif dan cas negatif. Dalam perjalanan hidup manusia setiap hari, semasa kita bekerja, beriadah atau berehat, kita banyak menggunakan tenaga dan dalam proses ini banyak berlaku pertukaran cas-cas positif dan negatif yang menyebabkan ketidahseimbangan cas-cas tersebut di dalam tubuh badan kita. Ini menyebabkan kita merasa letih dan lesu apabila kita selesai menjalankan aktiviti-aktiviti harian kita. Cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk memulihkan tubuh badan kita ke keadaan normal supaya kita kembali segar dan dapat menjalankan aktiviti-aktiviti lain tanpa gangguan.

Berbalik kepada kaitan solat berjamaah, timbul satu persoalan di minda profesor ini mengapa dalam Islam, disyariatkan, malah sehingga ke peringkat diwajibkan bersolat secara berjemaah, dan mengapa solat lima waktu yang didirikan oleh orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama ( Zohor - 4 rakaat, Asar - 4 rakaat, Maghrib - 3 rakaat, Isya - 4 rakaat, Subuh - 2 rakaat). Dari kacamata beliau, sebagai seorang bukan Islam yang mempunyai ilmu yang tinggi dalam bidang berkaitan, beliau lalu menjalankan kajian tentang perkara ini dan mengaitkannya dengan aktivit-aktiviti harian kita yang memerlukan pemulihan cas-cas positif/negatif tadi.

Pertama sekali beliau mengkaji kaitan jumlah rakaat dengan solat berjamaah dan fungsinya dalam pemyeimbangan cas-cas di dalam badan kita.

Semasa kita melakukan solat berjamaah, kita disyariatkan supaya meluruskan dan merapatkan barisan (saf), bahu bertemu bahu dan tumit bertemu tumit. Dalam bergeseran tubuh kita dengan tubuh jamaah lain yang berada di kira dan kanan kita, tubuh kita mengeluarkan cas-cas yang berlebihan dan cas-cas ini akan ditarik oleh cas yang berlawanan dalam tubuh badan rakan kita. Jamaah lain juga akan mengeluarkan cas-cas dari tubuh badan mereka dan cas-cas ini akan ditarik oleh cas-cas yang berlawanan dari tubuh badan kita. Dengan ini berlakulah keseimbangan cas-cas positif/negatif. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang dan semakin segar tubuh badan kita.

Menurut beliau, dalam kehidupan seharian kita, apabila kita bangun dari tidur, badan kita merasa segar dan sihat setelah berihat selama beberapa jam (tidur). Dalam keadaan ini, tubuh badan kita mengandungi cas-cas positif/negatif yang hampir seimbang. Jadi, apabila kita mendirikan solat Subuh berjamaah, kita hanya memerlukan sedikit pertukaran cas-cas dari dan ke dalam tubuh badan kita. Sebab itu mengapa solat subuh itu hanya dua rakaat.

Seterusnya, setelah seharian kita bekerja bertungkus lumus, membanting tulang atau memerah otak, cas-cas ini tidak lagi seimbang dengan kehilangan banyak tenaga dari badan kita. Oleh itu kita memerlukan pertukaran cas-cas yang banyak dan solat berjamaah memainkan peranan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas ini. Oleh sebab itu solat Zohor (berjamaah) didirikan empat rakaat untuk memberi lebih masa kepada pemulihan cas-cas tadi.

Proses yang sama berlaku pada sebelah petang, apabila kita juga mengeluarkan banyak tenaga menyambung tugas-tugas kita dan kita kehilangan banyak cas-cas ini. Sekali lagi proses penyeimbangan ini berlaku apabila kita mengerjakan solat Asar (berjamaah) sebanyak empat rakaat.

Selepas waktu Asar, setelah pulang dari kerja atau pada kebiasaannya, kita hanya melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak terlalu banyak menggunakan tenaga dan masa yang diperuntukan pula tidak terlalu lama. Oleh itu tidak terlalu banyak tenaga yang kita keluarkan. Seterusnya kita akan pergi ke masjid untuk menunaikan solat Maghrib (berjamaah), banyak tiga rakaat. Pengurangan dalam rakaat ini berlaku kerana kita tidak kehilangan terlalu banyak tenaga dan penyeimbangan cas-cas ini berlaku dalam jangka masa yang agak kurang dari sebelumnya (Zohor dan Asar).

Seterusnya timbul persoalan di fikiran beliau tentang mengapa solat Isya mengandungi empat rakaat. Secara logiknya, kita tidak melakukan banyak aktiviti pada waktu malam dan tidak memerlukan pengumpulan cas-cas yang banyak untuk tidur. Setelah kajian beliau lakukan, terdapat hikmah di sebalik jumlah rakaat ini. Seperti yang sedia kita maklum, kita umat Islam sangat-sangat digalakkan supaya tidur pada awal waktu malam dan bangun semula di sepertiga malam untuk menunaikan solat-solat sunat, terutamanya solat sunat Tahajjud. Malam amalan solat ini menjadi kewajiban bagi Nabi s.a.w. dan para sahabat-sahabat baginda serta para alim ulama. Terlalu besar ganjaran dan kelebihan solat Tahajjud ini (tidak perlu diterangakn di sini). Jadi, dari fakta ini, dapat beliau simpulkan bahawa, solat Isya (berjamaah) sebanyak empat rakaat dapat menyediakan penyeimbangan cas-cas dan pengumpulan tenaga yang secukupnya untuk kita bangun pada waktu sepertiga malam untuk menunaikan solat Tahajjud dan berqiam menghambakan diri kepada kepada Allah di waktu yang serba dingin dan sunyi.

Dalam proses membuat kajian ini, beliau mendapati bahawa Islam adalah satu agama yang lengkap dan segala amalan dan suruhan Allah Taala mempunyai hikmah yang tersirat dan tersurat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri. Beliau merasakan betapa besarnya pencipta segala yang ada di muka bumi ini dan betapa kerdilnya beliau. Pada waktu inilah, beliau telah diberi hidayah oleh Allah Taala untuk memeluk agama Islam. Subahanallah.

***3:190***
190. Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal,

***3:191***
191. (yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka.


Fadhilat Wuduk

1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".

2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".

3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini".

4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".

5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, lindunganlah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini" .

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan."Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat".

Penjelasannya :

Penjelasan nombor 1 : Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah
Penjelasan nombor 2 : Ahli syurga mukanya putih berseri-seri
Penjelasan nombor 3 : Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan
Penjelasan nombor 4 : Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri
Penjelasan nombor 5 : Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala.
Penjelasan nombor 6 : Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dll
Penjelasan nombor 7 : Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali
Penjelasan nombor 8 : Qada' dan Qadar kita di tangan Allah

Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islam mempunyai hikmah nya yang tersendiri. Pernah kita terfikir mengapa kita mengambil wuduk sedemikian rupa? Pernah kita terfikir segala hikmah yang kita perolehi dalam menghayati Islam? Pernah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita sebagai umat Islam? Bersyukurlah dan bertaubat selalu.


Kebersihan Jasmani

Rasulullah SAW bersabda:

"Barangsiapa yg telah memakan bawang merah, bawang putih dan kurrath, maka janganlah sesekali menghampiri masjid kita, kerana sesungguhnya malaikat merasa susah dari perkara yg menyakitkan manusia." (H.R Muslim)

Rasulullah SAW sangat melarang orang2 yg makan sayuran yg berbau busuk supaya tidak menghampiri masjid supaya bau busuk mulut mereka tidak menyusahkan malaikat dan manusia.

Dari Jabir r.a bahwasanya beliau berkata: Rasulullah SAW telah datang kpd kita kerana berziarah lalu baginda melihat seorang lelaki yg memakai pakaian kotor lalu baginda bersabda: "Tidakkah orang ini dapat sesuatu yg dipakai untuk membasuh pakaiannya?" (H.R Imam Ahmad dan Nasai')

Rasulullah SAW tidak membenarkan manusia menghadiri majlis2 dgn pakaian yg kotor selagi dia mampu mencuci dan membersihkannya, agar orang yg demikian menyedari hidayah Rasulullah SAW, supaya setiap muslm sentiasa bersih badan dan pakaiannya, bagus pada lahirnya dan sedap dipandang. RSAW bersabda: "Tidak mengapa kalau seorang dari kamu memakai dua pakaian utk hari Jumaat selain dari dua pakaian kerja" (H.R Abu Daud)

SIFAT 'SAHABAT'


12 SIFAT SAHABAT

1. Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu.

2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu.

3. Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya ia akan membantumu.

4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik.

5. Jika ia mendapat sesuatu kabajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu.

6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya.

7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya.

8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu.

9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu(membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu).

10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu.

11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu.

12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.

Menjawab 6 Soalan

1. Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ?
2. Apa yang paling jauh dari kita di dunia ?
3. Apa yang paling besar di dunia ?
4. Apa yang paling berat di dunia ?
5. Apa yang paling ringan di dunia ?
6. Apa yang paling tajam di dunia ?

JAWAPAN >>>

Suatu hari, Imam Al Ghozali berkumpul dengan murid-muridnya.
Lalu Imam Al Ghozali bertanya....

Soalan yang pertama,"Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?".
Murid-muridnya menjawab "orang tua,guru,kawan,dan sahabatnya". Imam Ghozali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "MATI". Sebab itu sememangnya janji Allah SWT bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati. (Ali Imran 185)

Lalu Imam Ghozali meneruskan pertanyaan yang kedua.... "Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?".
Murid - muridnya menjawab "negara Cina, bulan, matahari dan bintang -bintang". Lalu Imam Ghozali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan itu adalah benar. Tapi yang paling benar adalah "MASA LALU". Walau dengan apa cara sekalipun kita tidak dapat kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

Lalu Imam Ghozali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga....
"Apa yang paling besar di dunia ini?". Murid-muridnya menjawah "gunung, bumi dan matahari". Semua jawapan itu benar kata Imam Ghozali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah "NAFSU" (Al A'Raf 179). Maka kita harus berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka.

Pertanyaan keempat adalah, "Apa yang paling berat di dunia ini?".
Ada yang menjawab "besi dan gajah". Semua jawapan adalah benar, kata Imam Ghozali, tapi yang paling berat adalah "MEMEGANG AMANAH" (Al Ahzab 72). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi kalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka karena ia tidak dapat memegang amanahnya.

Pertanyaan yang kelima adalah, "Apa yang paling ringan di dunia ini?"
Ada yang menjawab "kapas, angin, debu dan daun-daunan". Semua itu benar kata Imam Ghozali, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah meninggalkan Sholat. Gara-gara pekerjaan kita meninggalkan sholat, gara-gara bermesyuarat kita meninggalkan sholat.

Dan pertanyaan keenam adalah, "Apakah yang paling tajam di dunia ini?"
Murid-muridnya menjawab dengan serentak, "pedang". Benar kata Imam Ghozali, tapi yang paling tajam adalah "LIDAH MANUSIA" Karena melalui lidah, Manusia selalunya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

MAYAT TIDAK BUSUK DAN REPUT

Sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT

Disebutkan didalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP.

Bertanya orang kepada Rasulullah saw : "Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?" Maka jawabnya Rasulullah saw, "Umat dikenal kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'." Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian Siratul Mustaqim dan memasuki alam syurga, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku.

Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati :

1. Para Nabi
2. Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.

Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw: Apabila datang hari qiamat dan orang orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan: Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hanba-hamba Ku berpuasa (ahli puasa) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah buahan syurga. Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi. Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud :

"Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu."

* Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.

" Dan (ingatlah) Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan."

Surah Al-Baqarah : 237

WASIAT IMAM SYAFIE

10 Wasiat Imam Syafie

SEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat islam seluruhnya. Berikut ialah kandungan wasiat tersebut:

"Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat makan hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara."

PERTAMA: HAK KEPADA DIRI.
Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.

KETIGA : HAK KEPADA KUBUR
Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

KELIMA : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)
Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.

KEENAM : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT)
Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

KETUJUH : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)
Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.

KELAPAN : HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)
Iaitu : Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI SAW
Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH SWT
Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

ISTERI SOLEHAH IDAMAN SUAMI





Allah swt Maha Pemurah dan Penyayang ke atas hamba-hambanya. Bagi kaum wanita ada 4 tiket untuk mereka masuk ke syurga, iaitu apabila mereka berjaya menjaga sembahyang fardhu, puasanya di bulan Ramadhan, ketaaatan kepada suami dan kehormatannya. Melalui empat perkara ini juga menyebabkan seseorang wanita itu boleh mencapai taraf solehah dan bertaqwa.

Begitu Penyayangnya Allah kepada insan yang bergelar wanita. Tetapi cuba kita renungkan kembali sejauh manakah kita telah berjaya meraih keempat-empat perkara ini dengan sebaik-baiknya. Sembahyang fardhu kebanyakannya tidak khusyuk. Semasa bersembahyang sahaja aurat ditutup tetapi selepas itu kita kembali dengan pakaian yang mendedahkan aurat. Puasa kita sekadar menahan lapar dan dahaga tetapi mulut masih mengumpat. Ketaatan kepada suami dibuat sambil lewa malah suami kadangkala dijadikan seperti lembu yang diikat hidungnya dengan tali (disuruh membuat itu dan ini). Ada yang menjadi pelacur dan menjual maruahnya untuk mendapatkan wang.

Sepatutnya kita kena banyak menangisi diri yang gagal menunaikan amanah Allah itu. Rasulullah selepas di Isyrak Mikrajkan, baginda tidak henti-henti menangis kerana terlalu amat sedih dan sentiasa berdoa kepada Allah swt supaya kaum wanita dan umat-umat yang disayanginya diselamatkan dari azab api neraka. Bayangkanlah, baginda saksikan bahawa di dalam neraka itu 75% adalah terdiri dari kaum Hawa. Badan-badan kita akan disambar oleh api neraka dan terbakar rentung dan akan diperbaharui lagi daging-daging tubuh lalu dibakar lagi hingga mengikut sebanyak mana dosa yang telah kita lakukan itu. Beruntunglah bagi mereka-mereka yang beramal soleh. Wanita-wanita yang solehah akan disambut oleh 'wildan-wildan'nya (suami) diiringi dan serta diperelokkan kedudukannya di dalam syurga.

Bila diceritakan mengenai peribadi wanita bertaqwa dan solehah pastilah mereka-mereka ini mendapat pendidikan agama yang secukupnya. Bila ilmu telah dipelajari lantas terus diamalkannya. Maka jadilah mereka insan-insan yang terdidik untuk mentaati segala perintah Allah dan menjauhkan segala larangannya. Orang-orang yang banyak menangis kerana takutkan neraka Allah. Orang-orang yang sanggup berkorban apa saja demi kepentingan hari akhirat. Orang-orang yang sanggup hidup susah dengan berbagai ujian dan rintangan; tidak putus asa serta selalu ingat mati demi rindunya mereka untuk melihat wajah Allah swt dan Rasulullah.

Rebutlah pangkat wanita solehah yang bertaqwa kerana ianya tidak dapat dijual beli dengan dunia ini. Malahan tarafnya jauh lebih tinggi jika dibandingkan dengan apa jua pangkat nilaian di dunia ini. Semua kemegahan-kemegahan dunia ini tidak kekal lama dan biasanya kalau seseorang itu telah pencen ia akan kesepian dan dilupakan.

Seorang isteri yang solehah, dia akan melayani suaminya begitu baik sekali sebab itu merupakan tuntutan yang telah diwajibkan ke atasnya untuk dilaksanakan setelah diikat dengan ikatan ijab dan kabul. Inilah perbezaannya taraf seorang isteri dengan seorang pelacur di mana dia juga memberikan layanan yang baik kepada pelanggannya. Tetapi layanannya itu atas dasar untuk mendapatkan wang. Manakala seorang isteri yang solehah setiap perkara yang dilakukan semata-mata untuk mentaati Allah, demi untuk mendapat keredhaan-Nya.

Bila suami berhajat, hendaklah segera mendapatkannya dan tinggalkan kerja-kerja yang sedang dilakukan. Hiasilah diri dengan pakaian yang menarik, bersolek dan memakai bau-bauan. Jangan bimbangkan anak-anak yang menangis ketika itu kerana para malaikat sentiasa menjaga mereka sehingga kita selesai menunaikan amanah Allah terhadap suami kita dan mereka mendoakan semoga kita dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah. Generasi yang bakal mengamankan dunia!

Ramai juga kaum wanita hari ini berjaya melayani suaminya dengan baik tapi bila saja suami sebut hendak kahwin seorang lagi dia mula tarik muka empat belas, hempas itu, hempas ini malah boleh jadi perang besar. inilah yang dinamakan cinta nafsu. Dia mahu dia seorang sahaja menguasai kasih sayang suami. Padanya bermadu itu suatu yang hina dan tidak mengapa kalau si suami memiliki perempuan simpanan walau sebanyak manapun.

Seorang isteri yang bertaqwa, dia tidak peduli samada hidupnya terpaksa bermadu dua, tiga atau empat sekalipun sebab itu bukan urusannya malah sebuah ketentuan dari Tuhan untuk menguji sejauh mana keikhlasannya melayani suami. Dia tidak akan ambil kisah sekiranya suaminya mengecilkan hatinya malah di hati kecilnya akan sering berkata, "Ini tugas aku dengan Allah, aku mesti laksanakan". Akhirnya tidak timbul perkelahian bila bermadu bila setiap isteri telah faham dengan kedudukannya.

Hanya isteri solehah saja yang gembira bila dimadukan sebab suaminya telah menyelamatkan seorang lagi hamba Allah bila dikahwinkan. Bila seseorang itu telah berkahwin, InsyaAllah sembahyangnya akan lebih khusyuk kerana sebagagian dari agamanya telah diselamatkan. Di samping itu berkahwin juga boleh melembutkan hati dan menenangkan fikiran.

Untuk mencapai makam isteri yang solehah dan bertaqwa bukanlah semudah yang diucapkan. Kita mesti berusaha untuk mengikis sebanyak mungkin mazmumah yang terdapat dalam diri dan selalu berharap kepada Allah supaya dimasukkan sifat-sifat mahmudah dan dibantu ketika sedang bermujahadah di dalam menghadapi berbagai ujian.

Pecahkan hati dengan banyak menangis, bukan menangis kerana sayangkan harta dunia, takut dimadu dan sebagainya tetapi menangislah kerana takutkan azab Allah yang sangat pedih dan selalulah berindu-rindu untuk melihat wajah Allah. Sesiapa yang merindui Allah, Allah juga akan merinduinya dan Rasullah akan memberi syafaat kepada sesiapa yang merinduinya dan mereka akan bersama-samanya di dalam syurga kelak.

Banyakkan berselawat kepada baginda. Hanya baginda saja yang diberi keistimewaan untuk mengenali umat-umatnya sedangkan nabi-nabi lain gagal berbuat demikian. Berkat umat-umatnya yang bersungguh-sungguh menjaga tujuh anggota lahirnya (mata, telinga, perut, kemaluan, mulut, kaki dan tangan) dari berbuat maksiat dan mengamalkan sungguh-sungguh lima hukum (wajib, sunat, makruh, halal dan haram) yang telah Allah tetapkan. Hanya mereka-mereka ini sajalah yang akan bercahaya-cahaya di Padang Mahsyar kelak dan dipimpin oleh Rasulullah untuk menuju ke syurga.

NAKBAH ...BERMULA ERA REJIM YAHUDI LAKNATULLAH

'Nakbah' bermula era rejim Yahudi

Tanggal 15 Mei 1948 merupakan tarikh yang amat penting untuk disingkap oleh semua umat Islam di seluruh dunia. Tarikh penting tersebut adalah detik hitam bagi penduduk asal bumi Palestin, orang Arab dan dunia Islam secara keseluruhannya.

Pada tarikh tersebut, penubuhan negara haram Israel di atas bumi Palestin telah diisyhtiharkan secara rasminya. Peristiwa tersebut turut dikenali sebagai “nakbah”. Nakbah bermaksud malapetaka atau bencana besar.

Dalam peristiwa nakbah, Yahudi Zionis telah bertindak kejam dengan mengusir lebih daripada 60 peratus rakyat Palestin (lebih kurang 800 ribu orang daripada sejumlah 1.39 juta) ke luar negara, manakala 30 ribu lagi diusir ke daerah-daerah yang ditakluki mereka.

Daripada jumlah 580 perkampungan rakyat Palestin yang wujud sebelum perang 1948, rejim Zionis telah menghancurkan 478 buah kampung serta terlibat dalam lebih 34 jenayah pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin.

Rejim Zionis telah bertindak di luar batas kemanusiaan. Nyawa penduduk Palestin bagaikan tiada nilai di mata mereka. Pelbagai peristiwa pembunuhan beramai-ramai telah berlaku sepanjang peristiwa Nakbah.

Antaranya peristiwa yang paling tragis ialah tragedi Deir Yassin pada 9 April 1948 yang melibatkan pembunuhan seramai 254 orang termasuk orang tua, wanita dan 52 kanak-kanak.

Petugas Palang Merah dan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) sendiri menyaksikan bagaimana rumah-rumah rakyat Palestin dibakar dan orang yang cuba menyelamatkan diri ditembak.

Sejarah kejatuhan bumi Palestin ke tangan Yahudi bermula apabila Britain melalui setiausaha negara hal-ehwal luarnya, Arthur Balfour, telah mengeluarkan satu kenyataan bertarikh 2 November 1917 yang menjanjikan masyarakat Yahudi satu tanahair di Palestin.

Pengisytiharan itu telah digelar 'Ominous Declaration' (Pengisytiharan Celaka).

Palestin menjadi isu antarabangsa apabila kerajaan Britain pada 2 April 1947 mendesak supaya isu Yahudi dan Palestin dimasukkan sebagai agenda PBB. Tidak lama selepas itu, sebuah Jawatankuasa antarabangsa telah ditubuhkan untuk mengkaji dan membuat laporan mengenai isu Palestin.

Cadangan dasar jawatankuasa ini adalah pembahagian wilayah Palestin yang tidak adil iaitu kepada negara Arab dan negara Yahudi yang merdeka, dan Jerusalem (Baitul Maqdis) diletakkan bawah tanggungjawab antarabangsa. Jelas sekali bahawa PBB sendiri bersubahat dalam proses pendudukan haram Yahudi di Palestin dan menjadi boneka kepada Yahudi.

Penderitaan yang dialami oleh penduduk palestin hingga kini masih belum berakhir walau mereka telah mencuba pelbagai cara dalam usaha untuk membebaskan bumi Palestin dan mendapatkan kembali hak-hak mereka yang telah dirampas di tanah suci tersebut.

Antaranya, dengan melalui perjanjian damai, persidangan, perundingan, dengan mengikut pelan damai yang dianjurkan oleh PBB dan sebagainya. Bagaimanapun, kesemua cara ini telah menemui kegagalan.

Oleh kerana semua cara ini tidak berhasil, maka rakyat Palestin telah memilih jalan lain untuk merungkai permasalahan yang menimpa mereka iaitu dengan kebangkitan, penentangan dan perjuangan jihad.

Dalam usaha membebaskan negara sendiri daripada cengkaman penjajah, penduduk Palestin telah dilabel sebagai pengganas oleh Israel dan sekutunya. Mereka cuba untuk mengaburi mata masyarakat dunia melalui media massa yang sering memperlihatkan dan menonjolkan penduduk Palestin sebagai pengganas.

Yahudi mendakwa bahawa mereka menjadi mangsa kekejaman penduduk Palestin sedangkan pengganas yang sebenar adalah mereka sendiri. Yahudi turut mendakwa bahawa mereka adalah penduduk asal bumi Palestin semenjak zaman nabi Musa lagi.

Namun hakikatnya, kedatangan mereka ke Palestin bukanlah sebagai pemilik tetapi sebagai imigran pada ketika itu. Dan kini mereka bertapak di bumi Palestin melalui kolonialisasi.

Dakwaan bangsa Yahudi bahawa faktor sejarah menjadikan mereka lebih berhak ke atas Palestin tidak berasas. Mereka hanya sempat memerintah sebahagian kecil kawasan di bumi Palestin, malahan pemerintahan mereka hanya berlangsung selama empat kurun, sedangkan pemerintahan Islam berlanjutan selama 12 kurun (636 M – 1917 M).

Ramai daripada Yahudi juga suatu ketika dahulu telah meninggalkan Palestin dan hubungan mereka dengan tanah itu terputus untuk hampir 18 kurun lamanya (135M hingga 20M).

Manakala penduduk asal Palestin pula tidak pernah meninggalkan bumi Palestin untuk selama 4,500 tahun hinggalah kepada pengusiran secara paksa oleh kumpulan pengganas Yahudi pada tahun 1948.

Namun mereka tidak pernah menyerah kalah, malah terus berusaha untuk menegakkan kembali hak mereka ke atas bumi Palestin.

Sesungguhnya tragedi yang menimpa penduduk Palestin merupakan isu yang melibatkan seluruh umat Islam di dunia. Kepentingan Palestin bagi umat Islam amat jelas berdasarkan al-Quran dan hadis - ia adalah bumi suci tempat ramai para rasul dilahirkan dan wafat di sana.

Ia juga medan perjuangan mereka untuk menegakkan kalimah tauhid. Bumi Palestin juga telah dimuliakan oleh Allah dengan kewujudan masjid al-Aqsa. Masjid ini di samping menjadi kiblat pertama umat Islam, juga antara masjid yang dimuliakan Allah dan tanah suci ketiga setelah Makkah dan Madinah.

Rasulullah bersabda, “diutamakan (digandakan) solat di Masjidil Haram atas yang lain dengan seratus ribu solat, dan di masjidku dengan seribu solat dan di Masjid Baitul Maqdis dengan lima ratus solat” (hadis riwayat at-Tabrani, martabat hassan).

Selain itu, Baitul Maqdis merupakan kiblat umat Islam. Umat Islam bersolat berkiblatkan masjid itu di sepanjang kehidupan Rasulullah di Mekah sebelum berhijrah dan juga selama 16 bulan pertama baginda di Madinah. Selepas itu Allah mengarahkan agar kiblat bertukar ke arah Kaabah di Mekah.

Baitul Maqdis juga merupakan tempat berlakunya Israk dan Mikraj.

Firman Allah: Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambanya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang kami berkati di sekelilingnya untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda kebesaran Kami (al-Isra’: 1)

Terdapat juga beberapa ayat lain di dalam al-Quran dan beberapa hadis Rasulullah yang menggambarkan keistimewaan Baitul Maqdis. Allah SWT memuliakan tanah-tanah di sekelilingnya yang menyebabkan para sahabat Rasulullah sangat menyayangi bumi Palestin.

Malah ketika Umar al-Khattab menjejakkan kakinya ke kawasan ini buat pertama kalinya, beliau telah mengumumkan bahawa seluruh bumi Palestin itu adalah merupakan waqaf kepada generasi umat Islam akan datang.

Realitinya, umat Islam pernah menguasai Baitul Maqdis selama 12 kurun dan memelihara kesucian kota ini, selepas ia dicemari tangan-tangan kufar berkurun lamanya. Kini, Baitul Maqdis kembali ke tangan kufar, maka siapakah yang akan mengembalikannya ke tangan umat Islam?

Sesungguhnya Palestin bukanlah milik orang-orang Palestin sahaja, Baitul Maqdis bukanlah tempat suci mereka sahaja dan Masjidil Aqsa bukanlah milik mereka sahaja tetapi milik kaum muslimin dari timur sampai ke barat.

Ia juga milik umat Islam generasi kini dan akan datang hingga hari kiamat. Oleh yang demikian, perjuangan untuk membebaskannya daripada tangan-tangan kufar adalah perjuangan kita bersama.

Monday, July 21, 2008

PROGRAM LPS WILAYAH SARAWAK 2005


GOALS ...EFFORT AND COURAGE ARE NOT ENOUGH WITHOUT PURPOSE AND DIRECTION ....

TEAMWORK ....GIVING A HAND MAKE A WORLD OF DIFFERENCE

KAKAK THE DANCER


SMILE ....IT INCREASES YOUR FACE VALUE

HIDUP ORANG BUJANG

Sunday, July 20, 2008

INTERPERSONAL COMMUNICATION COURSE


BERSAMA TEMAN-TEMAN YANG MENGIKUTI KURSUS 'KEMAHIRAN KOMUNIKASI INTERPERSONAL' DI HOTEL CROWN PRINCESS KUALA LUMPUR ...2008 ....THE GOOD COURSE TO ME

POST BERSAMA HJH ROHANI DATO MD SHAHIR


GAMBAR INI DIAMBIL DI AKHIR SESI SEMINAR PENGURUSAN KEWANGAN ANJURAN UNIT TRUST MANAGEMENT DI HOTEL SERI MALAYSIA , ALOR SETAR , KEDAH DARUL AMAN ....JASAMU DIKENANG

SEMINAR BERSAMA DATO FADZILAH KAMSAH


KENANGAN BERSAMA TEMAN-TEMAN DI SARAWAK SEMASA MENYERTAI SEMINAR KELUARGA BAHAGIA DI MIRI , SARAWAK ....PESANAN DATO TERSEMAT UTUH DI MINDA KAMI SEMUA ....

CUTENYEEE ANAK ABAH .....


DOA ABAH MOGA ANAK ABAH YANG CUTE NIE AKAN JADI INSAN YANG MEMBAHAGIAKAN ABAH DAN IBU SERTA KELUARGA DUNIA DAN AKHIRAT ....AMINNN

MY SIFU ....YASMIN ....


THANK YOU SIFU ....YOU MAKE ME PROUD WITH MYSELF . SO MANY THINGS I LEARN FROM U . THANKS FOR THE GOD , MAY GOD BLESS YOUR LIFE ...GOOD LUCK N HOPING U CAN BE THE GOOD MOTIVATOR FOR THE FUTURE .... MY DREAM TO PARTNER WITH YOU IN ANY MOTIVATION SEMINAR IN THE FUTURE ....HOPE MY DREAM COME TRUE ....

BILA ABAH NAK BALIK NIEEEE ?????

KENAPO TOMONUNG SAYANG ?????

KAK CHIK N KAKAK .....

MAK UDA N MA .....TASIK KENYIR

MAK UDA CAMERON HIGHLANDS

MAK LANG CAMERON HIGHLANDS

PICNIC DI KAKI GUNUNG RENG


ABANG 2 .....WE LOVE U

BERCUTI DI CAMERON HIGHLANDS

GAMBAR PANAS 3 ABDUL .... ??????

AYAH MAN .....

AYAH MAN ...MODEL SPEK MATA

AYAH DOR N AYUNIE

ATUK DI TASIK KENYIR

ABAH ......

SELAMAT PENGANTIN BARU ...MAK LANG


SELAMAT PENGANTIN BARU ....MAK LANG ....MOGA BAHAGIA HINGGA KE ANAK CUCU .....YA ALLAH ..."SATUKANLAH HATI KEDUA MEMPELAI INI SEPERTI ENGKAU SATUKAN HATI ADAM DAN HAWA,YUSUF DAN ZULAIKHA DAN SEPERTI ENGKAU SATUKAN MUHAMAD SAW & SITI KHADIJAH.KAMI MEMOHON DOA RESTUMU BERKATILAH PERKAHWINAN MEREKA INI DAN LINDUNGILAH AGAR IA BERADA DI DALAM KEADAAN YANG SEMPURNA.SEMOGA JODOH KALIAN BERDUA BERKEKALAN SEHINGGA KE AKHIR HAYAT,DI DUNIA DAN AKHIRAT DAN DIKURNIAKAN ZURIAT YANG SOLEH DAN SOLEHAH ...AMIN YA RABBAL ALAMIN

MODEL TAKDOK GIGI ....

KAMI AMAT MENYAYANGIMU ABANG .....

ADIKKU SAYANG ....

IBU N YUNIEEE ......

NONAKU AZIZAH ....

SITI NURIZZATI FATIHAH

MD IZZAT ZULHAFIZ

SITI NUR AYUNIE

MD FATAH LUQMAN

Saturday, July 19, 2008

WASIAT IMAM AL-SYAHID HASSAN AL-BANNA

10 WASIAT DARI IMAM AL-SYAHID HASSAN AL-BANNA R.H.

1. Apabila mendengar azan maka bangunlah sembahyang serta-merta walau bagaimana keadaan sekalipun.
2. Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis-majlis ilmu, dan amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah.
3. Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab kerana bahasa Arab yang betul itu adalah satu-satunya syiar Islam.
4. Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan.
5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.
6. Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.
7. Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia malah menyakiti hati orang.
8. Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa- apa yang memberi kebajikan.
9. Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslimin yang ditemui kerana asas gerakan dakwah kita ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.
10. Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.



Monday, December 11, 2006
RIWAYAT HIDUP PARA MUJAHID GERAKAN ISLAM (SIRI 1)
ASY-SYAHID SYED QUTB R.H., Mesir (1906-1966)

Keluarga Qutb

Nama sebenarnya ialah Syed. Qutb ialah nama keluarganya yang berasal dari Semenanjung Arab. Seorang ahli keluarganya yang tua berhijrah ke Mesir dan menetap di sana. Ayah Syed Qutb, Hj. Ibrahim Qutb adalah salah seorang dari keturunan tersebut. Ibunya bernama Fatimah Hussain Uthman, seorang wanita yang kuat beribadat dan amat patuh kepada Islam, kuat cintanya terhadap al-Quran. Hj. Ibrahim Qutb juga kuat pegangan agamanya dan patuh beribadah. Beliau seorang petani. Hj Ibrahim dikurniakan lima orang adik beradik. Anak lelakinya ialah Syed Qutb (anak sulung) dan Muhammad Qutb. Tiga anak perempuannya, Hamidah Qutb dan Aminah Qutb. Nama anak perempuan yang ketiga tidak dapat dipastikan.

Adik Syed, Muhammad, adalah seorang cendekiawan Islam yang terkemuka. Beliau telah menghasilkan belasan tajuk buku yang menyentuh pelbagai persoalan mengenai Islam dan mendapat penghormatan serta dokongan daripada berbagai-bagai majalah dan mereka yang terlibat dengan gerakan Islam. Aminah Qutb pula merupakan seorang muslimah terkemuka yang terlibat secara aktif dalam usaha-usaha menyebarkan risalah Islam bersama-sama abangnya. Rencana-rencananya telah diterbitkan di pelbagai majalah berkala. Adik perempuannya, Hamidah juga tidak ketinggalan di belakang abang dan kakaknya.

Setiap ahli keluarganya bagaikan permata yang indah. Keteguhan dan ketabahan serta keperibadian yang unggul yang dipamerkan sepanjang tempoh dugaan dan tribulasi oleh keluarga Qutb mengingatkan kita kepada contoh keluarga Yasir r.a. Syed Qutb dihukum gantung, Muhammad Qutb disumbat ke penjara dan dikenakan pelbagai penyeksaan dan tindakan ganas. Hamidah Qutb juga disumbat ke dalam penjara selama tujuh tahun dengan kerja berat. Aminah Qutb juga menerima nasib yang sama. Anak perempuan ketiga daripada keluarga Qutb ini yang tidak dapat dikenali namanya juga mengorbankan seorang anak lelaki, Syed Rifaat, seorang lulusan kejuruteraan yang berusia dua puluh lima tahun untuk perjuangan. Beliau ditangkap, dipenjara dan disebat dengan kejamnya, dihukum dengan berbagai-bagai seksaaan dan dipaksa menjadi saksi dalam perbicaraan bapa saudaranya (Syed Qutb) sendiri. Beliau meninggal dunia pada tahun 1965 di dalam penjara.

Riwayat Hidup Syed Qutb

Syed Qutb memperoleh pendidikan awal dalam suasana dan persekitaran kampungnya. Beliau berjaya menghafaz seluruh al-Quran semenjak dari kecil lagi selaras dengan keinginan ibunya sendiri. Pada waktu itu, adalah suatu kebiasaan bagi ahli-ahli keluarga yang kuat beragama di Mesir menghafaz seluruh al-Quran terutamanya keluarga yang berhasrat menghantar anak mereka belajar di Universiti Al-Azhar.

Ibu bapanya amat menginginkan anak-anak mereka cerdik dan berpendidikan tinggi. Ditakdirkan oleh Allah, keluarga Syed Qutb berhijrah ke Halwan, sebuah bandar satelit bagi Kaherah. Hal ini memungkinkan Syed Qutb menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Beliau memasuki sebuah sekolah menengah di Kaherah, Tajhiziah Darul Ulum. Mereka yang diterima masuk belajar di sini hanyalah yang bercadang untuk terus melanjutkan pelajaran ke Darul Ulum (sekarang Universiti Qahirah) setelah tamat pelajarannya. Seperti juga al-Azhar yang merupakan pusat pendidikan Islam, Darul Ulum merupakan institusi pengajian tinggi dalam bidang sastera dan pendidikan. Dalam tahun 1929, Syed Qutb memasuki Universiti Qahirah setelah menamatkan pengajiannya di Tajhiziah Darul Ulum dan berjaya mendapat ijazah Sarjana Muda Sastera (Pendidikan) dalam tahun 1933. Syed Qutb kemudiannya dilantik menjadi Professor di kolej itu kerana menghargai keilmuannya.

Perkhidmatan Kerajaan Dan Lawatan Ke Amerika

Ketika di universiti, Syed Qutb berjaya menonjolkan kebolehannya. Beliau kemudian dilantik menjadi Nazir sekolah-sekolah di Kementerian Pelajaran. Di Mesir, jawatan ini merupakan jawatan yang berpengaruh dan dihormati. Pada masa Syed Qutb memegang jawatan ini, Kementerian Pelajaran menghantar beliau ke Amerika Syarikat untuk mengkaji sistem pendidikan dan latihan moden. Beliau kembali dari Amerika Syarikat setelah 2 tahun berada di sana. Semasa di Amerika, beliau melawat berbagai-bagai maktab. Syed Qutb pernah tinggal di Maktab Perguruan Wilson di Washington, Maktab Perguruan Grailey di Colorado dan Universiti Stamdord di California. Di samping itu, beliau berkesempatan melawat New York, Chicago, San Francisco, Los Angelesdan banyak bandaraya lain. Beliau juga singgah beberapa minggu di England, Itali dan Switzerland di dalam perjalanan pulang dari Amerika.

Pengalamannya di Amerika terbukti amat berharga dan suatu rahmat baginya. Syed Qutb berpeluang menyaksikan kecelaruan yang dihasilkan oleh kehidupan materialistik yang bermaharajalela di negara itu. Lantas beliau lebih berkeyakinan dengan semangat yang lebih kukuh bahawa kesejahteraan umat Islam sejagat hanya boleh dicapai melalui Islam.

Menyertai Ikhwanul Muslimin

Tidak lama selepas kembali dari Amerika, Syed Qutb mula berjinak-jinak dengan Ikhwanul Muslimin. Beliau mula mempelajari dakwahnya dan akhirnya menyertai Ikhwanul Muslimin dalam tahun 1945. Pada waktu itu Perang Dunia Kedua baru sahaja selesai dan gerakan Ikhwanul Muslimin mula mengorak langkah dalam bidang politik dengan mendapat dokongan massa. Ikhwanul Muslimin telah mendesak berkali-kali supaya Mesir diberikan kemerdekaan dalam waktu perang tersebut. Walaupun tindakan ini menyebabkan populariti, keahlian dan sokongan ke atas Ikhwanul Muslimin bertambah namun ia juga membuka pintu ke arah tribulasi dan penindasan oleh Imperialisme Inggeris dan pemerintahan boneka Mesir pada waktu itu. Pada 12 Februari 1949, Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin yang juga pengasas jemaah Islam tersebut telah ditembak, syahid dan gerakan itu diharamkan. Zaman tribulasi bermula sehinggalah berlakunya revolusi tentera di Mesir. Pada bulan Julai 1952, rampasan kuasa oleh tentera berlaku dan menghentikan tempoh tribulasi yang dihadapi oleh Ikhwanul Muslimin. Tetapi ia kemudian diikuti oleh penindasan yang lebih kejam dan zalim. Di antara tokoh yang terkenal selepas zaman tekanan ini ialah Hassan al-Hudaibi, yang kemudiannya dilantik menjadi Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin yang kedua dengan Asy-Syahid Abdul Qadir 'Audah sebagai Setiausaha. Selain itu, tokoh lain ialah Syed Qutb sendiri yang berjasa besar kepada harakah (gerakan) itu dalam bidang intelektual.

Gerakan Ikhwanul Muslimin dipulihkan kembali dan dibenarkan bergerak secara halal di pertengahan tahun 1952. Zaman penindasan oleh Raja Farouk berakhir. Pemimpin dan para petugas Ikhwanul Muslimin dibebaskan dari penjara dan gerakan itu sekali lagi berkembang dengan kekuatan baru di bawah pimpinan Hassan al-Hudaibi. Syed Qutb dilantik sebagai salah seorang anggota Majlis Tertinggi Ikhwanul Muslimin dan dipertanggungjawabkan ke atas Lujnah Dakwah di Ibu Pejabat Tertinggi Ikhwanul Muslimin.

Syed Qutb merupakan salah seorang pimpinan yang memberikan seluruh hidupnya untuk kemajuan penyebaran dakwah dan perjuangan Islam. Beliau bertugas dengan Ikhwanul Muslimin dalam pelbagai jawatan. Dalam tahun 1953, Syed Qutb telah dihantar ke Damsyik untuk menghadiri dan menyampaikan beberapa ceramah termasuk ceramah "Pendidikan Moral sebagai Jalan untuk Mencapai Jaminan Sosial" dalam Persidangan Kebajikan Sosial yang dianjurkan oleh Unit Kebajikan Sosial Mesir. Selepas menghadiri persidangan ini Syed Qutb menuju ke Jordan tetapi tidak dibenarkan masuk oleh pihak berkuasa Jordan di bawah arahan Glub Pasha yang berkuasa di Jordan pada waktu itu. Disember 1953, Syed Qutb dihantar untuk menghadiri satu persidangan di Jerusalem sebagai wakil Majlis Tertinggi Ikhwanul Muslimin. Oleh kerana Syed Qutb pada masa ini memasuki Jordan bersama delegasi dunia Islam yang lain, pihak berkuasa Jordan tidak menyekat kemasukannya. Jika tidak, pasti tidak mudah untuknya diizinkan masuk kerana tulisan-tulisannya yang lantang mengkritik penyelewengan Glub Pasha.

Kezaliman Kerajaan Sekular

Pada tahun 1954, Syed Qutb dilantik sebagai Ketua Pengarang Majalah al-Ikhwan al-Muslimin. Namun, beliau hanya sempat menjadi pengarang majalah ini selama dua bulan sahaja kerana kerajaan sekular pimpinan Jamal Abdul Nasser mengharamkan penerbitannya pada 10 September 1954 disebabkan penentangannya terhadap Perjanjian Inggeris-Mesir yang ditandatangani oleh Jamal Abdul Nasser dan Inggeris pada 7 Julai 1954. Ia menentang perjanjian itu sebagai sebahagian daripada polisi Ikhwanul Muslimin. Anggota-anggota Ikhwanul Muslimin sekali lagi dihadapkan dengan penindasan dan penyeksaan yang lebih kejam atas tuduhan gerakan itu berkonspirasi untuk merampas kuasa. Kerajaan Mesir mengisytiharkan pengharaman Ikhwanul Muslimin dan semua pemimpinnya ditangkap. Mereka dikenakan hukuman mati. Ribuan anggota dan petugas-petugas Ikhwan disumbat ke dalam penjara! Kehormatan, nyawa dan harta mereka yang mempunyai kaitan dengan gerakan itu dicerobohi.

Di antara pimpinan yang ditahan ialah Syed Qutb. Beliau ditahan di beberapa penjara di Mesir. Adakalanya di Penjara Fort, pada ketika yang lain ditahan di Penjara Tentera (Sijn Harbi) dan juga Penjara Abu Za'abal yang ngeri. Penahanan dan penangkapan Syed Qutb serta kezaliman yang dikenakan ke atasnya amat menyedihkan dan menggerunkan. Hal ini diceritakan dalam sebuah akhbar mingguan Syria, al-Syibab:

Ketika pegawai-pegawai tentera masuk ke rumah Syed Qutb untuk menangkapnya, beliau sedang menderita demam panas. Beliau digari dan diheret ke penjara dalam keadaan berkaki ayam. Oleh sebab penderitaan yang terlalu hebat, beliau seringkali pengsan dan rebah ke lantai. Apabila sedar kembali beliau segera mengucapkan kalimah "ALLAHUAKBAR" dan "ALHAMDULILLAH", kalimah yang sentiasa diucapkan oleh ahli-ahli Ikhwan.

Ketika Syed Qutb dihantar ke penjara tentera, di hadapan pintu masuk penjara beliau bertembung dengan Hamzah Bisuni, Penguasa Penjara dan anggota polis perisik. Sebaik sahaja masuk ke penjara itu, Syed Qutb dipukul dan ditumbuk bertubi-tubi dan berlanjutan selama dua jam! Seekor anjing Alsatian yang dilatih juga dilepaskan de dalam sel Syed Qutb. Binatang buas ini membaham pehanya. Dalam keadaan yang lemah itu, beliau ditari ke sana sini oleh binatang buas tersebut. Selepas dipindahkan ke sel baru, beliau disoalsiasat selama 7 jam tanpa rehat. Walaupun kekuatan fizikal Syed Qutb telah hancur luluh, namun kekuatan jiwa yang kental dan keteguhan roh serta ketabahannya menukarkan Syed Qutb menjadi seorang yang berjiwa batu. Walaupun diseksa dengan begitu dahsyat, beliau tetap tidak berganjak daripada pendirian dan berserah semata-mata kepada Allah sambil tidak putus-putus melafazkan kalimah "ALLAHUAKBAR" dan "ALHAMDULILLAH". Pada malam hari, Syed Qutb akan dibiarkan dalam kegelapan dan kesejukan. Pada waktu pagi, beliau dikeluarkan untuk berbaris tanpa sebarang ruang untuk waktu rehat. Syed Qutb menderita teruk disebabkan penyeksaan yang tiada perikemanusiaan ini. 3 Mei 1955, Syed Qutb dimasukkan ke hospital tentera, setelah mengalami kesakitan dada, kelemahan tenaga, sengal-sengal sendi dan pelbagai penyakit.

Seorang muridnya, Yusuf Al-Azam menulis: "Syed Qutb dikenakan penyeksaan yang menggunung; dimaki, anjing-anjing belaan polis menggigit dan menariknya di sekeliling bilik sel, air panas dan kadangkala ais dicurahkan ke atas kepalanya, ditendang, ditampar, ditumbuk, diluahkan perkataan-perkataan yang menghina dan menyakitkan hati. Tetapi kesemua ini menambahkan lagi keimanannya dan meyakinkan kebenaran perjuangan yang didokonginya lagi".

19 Julai 1955, Mahkamah Rakyat Mesir menjatuhkan hukuman 15 tahun penjara dengan kerja berat ke atas Syed Qutb sedangkan beliau tidak hadir ke mahkamah kerana terlantar lemah di dalam penjara. Setelah setahun dipenjarakan, seorang wakil Jamal Abdul Nasser dihantar menemui Syed Qutb di penjara dengan mengemukakan tawaran, "Sekiranya kamu menulis beberapa ayat memohon maaf (pengampunan) yang akan disiarkan di dalam akhbar-akhbar, kamu akan dibebaskan dari penjara ini dan terselamat daripada berbagai-bagai kesulitan yang kamu hadapi sekarang. Kamu akan hidup bebas dan selesa di rumah sendiri". Insan bertaqwa ini menjawab dengan kata-kata yang menjadi catatan sejarah: "Aku merasa hairan dengan mereka yang mahukan manusia ditindas dan dizalimi berlutut memohon keampunan kepada penzalim dan penindas itu. Demi Allah, kalaupun perkataan-perkataan itu akan menyelamatkan aku daripada tali gantung sekalipun, aku tidak akan sekali-kali mengucapkannya. Aku lebih rela kembali menemui Allah dalam keadaan yang Dia meredhai aku dan aku meredhai-Nya".

Apabila tawaran ini diulang kepadanya dan beliau diminta memohon pengampunan, Syed Qutb tetap berkata: "Seandainya pemenjaraanku ini adil dan dilakukan secara hak, aku bergembira dengannya dan ini adalah takdir Allah tetapi seandainya aku dipenjarakan secara batil aku tidak sekali-kali akan melutut memohon keampunan atau keringanan".

Catatan perbicaraan Syed Qutb oleh Mahkamah Rakyat ini telah dikeluarkan oleh kerajaan dalam bentuk buku dan mencatatkan juga tentang laporan bahawa Syed Qutb pernah ditawarkan menjadi Menteri Pelajaran oleh Kerajaan. Syed Qutb menolak tawaran ini dengan hujah bahawa menerima tidak membawa apa-apa erti hinggalah keseluruhan sistem pendidikan di Mesir diubah dan ditukarkan dengan sistem pendidikan Islam.

Tiga tahun pertamanya di penjara penuh dengan penyeksaan dan penderitaan, kemudiannya berkurangan. Saurara-mara dan keluarganya kemudiannya dibenarkan melawat. Beliau juga disediakan kemudahan untuk meneruskan minatnya dalam bidang penulisan di dalam penjara. Kesempatan ini digunakan sepenuhnya oleh beliau untuk menumpukan perhatian dalam usaha menyiapkan sebuah tafsir al-Quran, Fi Zilal al-Quran (Di Bawah Naungan Al-Quran). Pada pertengahan 1964, sesudah 10 tahun berlalu dari tempoh hukuman penjara 15 tahun itu, Presiden Iraq, Abd as-Salam Arif melawat Kaherah dan meminta Presiden Nasser membebaskan Syed Qutb. Oleh kerana mengharapkan hubungan baik dengan kerajaan Iraq, maka Syed Qutb dibebaskan. Tetapi Syed Qutb masih diletakkan di bawah pengawasan polis dan tidak dibenarkan bergerak secara bebas.

Tidak sampai setahun dari tempoh pembebasan bersyarat itu, Syed Qutb ditangkap lagi untuk kali yang kedua dan dituduh cuba menggulingkan kerajaan dengan cara kekerasan. Kali ini bukan Syed Qutb sahaja yang ditangkap, tetapi adik-adinya; Muhammad Qutb, Hamidah Qutb, Aminah Qutb di samping ramai lagi penyokong Ikhwan.

Laporan Daily Telegraph menyatakan sejumlah 20 000 orang telah ditangkap termasuk 700 orang wanita. Penangkapan bermula apabila Presiden Jamal Abdul Nasser melawat Russia, dan melaporkan Ikhwanul Muslimin telah berkonspirasi untuk membunuhnya yang telah dapat digagalkan. Presiden Nasser ketika itu mempunyai kuasa untuk menangkap sesiapa sahaja yang pada pandangannya menjejaskan keselamatan negara tanpa perlu dihadapkan ke mahkamah. Harta mereka boleh dirampas dan tiada sebarang rayuan, tindakan yang dapat dilakukan untuk mencabar perintah Presiden itu. Penyeksaan dan tekanan ditingkatkan di dalam penjara.

Pada peringkat awal, diumukan perbicaraan Syed Qutb di Mahkamah Tentera akan disiarkan secara langsung melalui televisyen. Tetapi apabila Syed Qutb tidak mengaku bersalah dan menceritakan perihal kezaliman dan penyeksaan di dalam penjara, siaran langsung terus dihentikan dan perbicaraan diteruskan dalam keadaan tertutup tanpa ada peguambela untuk membela tertuduh. Peguam-peguam dari luar negara, seperti bekas Presiden Majlis Peguam Perancis, Mr. William Thorp, seorang peguam terkenal dari Hague, Mr. A.J.M. Vandal, termasuk juga peguam-peguam dari Morocco menyatakan kesanggupan mereka untuk membela Syed Qutb dan tertuduh yang lain tetapi tidak dibenarkan berbuat demikian. Dua orang peguam dari Sudan dampai ke Kaherah di atas inisiatif sendiri dan bertanyakan mahkamah untuk membela Syed Qutb setelah didaftarkan dengan Majlis Peguam Mesir, tetapi telah diusir keluar dari mahkamah oleh pihak polis yang mengarahkannya segera keluar dari Mesir.

Perbicaraan bermula. Pihak tertuduh menyatakan kezaliman dan penyeksaan yang dikenakan ke atas mereka. Syed Qutb yang merupakan orang utama dalam perbicaraan ini menafikan tuduhan yang dikemukakan terhadapnya. Pengerusi Tribunal Tentera itu segera menutup mulut pihak tertuduh dan enggan mendengar sebarang keterangan dari pihak tertuduh. Peristiwa-peristiwa yang menyayat hati ini disokong oleh laporan Amnesty International yang dibentangkan oleh seorang ahli Parlimen Inggeris selepas beliau melawat Mesir. Keadaan ini menimbulkan keraguan terhadap keadilan sistem kehakiman di Mesir. Amnesty International mendesak kerajaan Mesir menghormati hak asasi manusia dan memberikan peluang kepada tertuduh untuk dibicarakan di mahkamah terbuka yang adil lagi dinilaikan oleh dunia antarabangsa.

Menemui syahid

Pada bulan Ogos 1966, Syed Qutb bersama dua orang rakan seperjuangannya Muhammad Yusuf Hawwash dan Abdul Fatah Ismail telah dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Tentera yang dihakimi oleh Jeneral Fuad al-Dagawi yang terkenal dengan kejahatannya. Seluruh dunia memberikan reaksi terhadap hukuman ini. Pemimpin-pemimpin dan pertubuhan-pertubuhan agama serta reformasi, tokoh-tokoh politik, akhbar-akhbar dan majalah-majalah merayu agar hukuman ini diringankan. Namun, seluruh permintaan itu tidak dihiraukan dan akhirnya pada 29 Ogos 1966, Syed Qutb dan dua orang sahabat seperjuangannya dalam Ikhwanul Muslimin menemui syahid di tali gantung. Kembali menemui Allah dalam keadaan Allah meredhainya. Berakhirlah riwayat seorang tokoh terbilang yang dianggap duri oleh mereka yang berfikiran sekular dan anti-agama di Mesir dan dunia Arab ini.

Hasil Karya Syed Qutb

1. Tafsir Fi Zilal al-Quran (Di Bawah Naungan al-Quran)
2. Al-'Adalat al-Ijtima'iyyah fil Islam (Keadilan Sosial Dalam Islam)
3. Masyahid al-Qiyamah fil Quran (Beberapa Senario pada Hari Kiamat Dalam al-Quran)
4. At-Taswir al-Fanni fil Quran (Seni Dalam al-Quran)
5. Ma'rakah al-Islam wa al-Rasmaliyah (Pertarungan di antara Islam dan Kapitalisme).
6. As-Salamul 'Alami wal Islam (Dunia Keamanan dan Islam)
7. Dirasat al-Islamiyyah (Beberapa Pelajaran Tentang Islam)
8. Kritikan Sastera: Prinsip dan Kaedah
9. Suatu Analisa Kritikal Terhadap Masa Depan Kebudayaan
10. Kitab-kitab dan Sahsiah
11. Ciri-ciri Masyarakat Islam
12. Amerika Allati Ra'aitu (Amerika Seperti Saya Lihat)
13. Duri-duri
14. Anak Desa
15. Al-Madinah Al-Masyhurah (Madinah Kota Kerahmatan)
16. Sebuah Koleksi Penulisan Empat Bersaudara
17. Al-Qasas Ad-Diniyyah (Cerita-cerita Agama)
18. 3 Buah Buku Koleksi Sajak-sajak
19. Tugas Sebenar Seorang Penyair Dalam Kehidupan
20. Ma'alim fi at-Tariq (Petunjuk Sepanjang Jalan) – Buku terakhir karangannya
21. Haza ad-Din (Inilah Islam)
22. Al-Mustaqbal lihaza ad-Din (Masa Depan di Tangan Islam)
23. Khasa'is al-Taswir al-Islami wa Muqawwimatihi