Thursday, July 17, 2008

TINTA BUAT ISTERIKU

Sayang .... hari ini genap 117 hari ,abg meninggalkan sayang untuk meneruskan amanah yang diberi di negeri Serambi Mekah yang juga merupakan tanah kelahiran kita berdua. Abg tahu dan cukup memahami dalam tempoh itu juga , kita sama-sama mengalami detik-detik sukar ekoran bebanan tugas dan tanggungjawab masing-masing. Jauh di sudut hati abg cukup mengerti keperitan yang ditanggung oleh sayang dan anak-anak sepanjang ketiadaan abg di sisi. Semua tanggungjawab yang dulunya kita sama-sama pikul bersama kini sudah tergalas di bahu sayang seorang diri ... tentu sukar bukan ???? Namun abg mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap kemampuan sayang untuk melakukan semua itu walaupun perit mengundang nestapa. Di kejauhan ini , semangat dan kasih sayang 'sayang' dan anak-anak kesayangan kita berdua banyak menguatkan semangat abg untuk menyakini bahawa dugaan ini adalah ....ujian Tuhan untuk kita ...bukan sekali kita pernah mengalami dugaan getir sebegini ttp dengan izin Tuhan kita berjaya menanganinya dengan penuh hikmah dan kenikmatan. Abg yakin dihujung terowong pasti akan ada cahaya untuk kita ....sama-sama kita berdoa .

Moga kasih sayang yang segar akan terus terbina antara kita bersama walaupun ratusan kilometer memisahkan kita .... kasih sayang abg padamu tetap utuh dan tak akan ada apa yang mampu memusnahkannya kecuali dengan izin dan kehendak Tuhan yang Maha Mengetahui SegalaNYa. Percayalah sayang ....abg infaqkan dan dedikasikan kehidupan ini untuk Allah dan syg serta anak-anak yang menjadi penyeri kehidupan kita selama ini. Sengaja abg titipkan luahan perasaan ini di blog yang tidak seberapa ini ....(budak baru belajar wat blog)walaupun mungkin bakal menjadi tatapan umum .... agar dunia tahu betapa abg amat menyayangi dan menyintaimu selamanya ,InsyaAllah .

No comments: