Saturday, July 19, 2008

MASTER YOUR MIND DESIGN YOUR DESTINY I

Hukum Sebab Dan Akibat
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar Anda?

Kali ini saya berkata tentang hukum sebab dan akibat. Dalam perkataan Inggeris ia dipanggil Law Of Cause And Effect.

Maksudnya, apa yang kita capai hari ini adalah kesan dari perbuatan kita, niat kita dan mind setting kita satu ketika dulu. Diri Anda hari ini adalah yang Anda fikirkan di masa lepas, mungkin satu minggu yang lepas atau bulan lepas mahupun tahun lepas.

Kesan dan akibat sama juga dengan menanam benih pokok. Jika kita tanam benih jagung dan kita siram, dua minggu kemudian ia akan tumbuh menjadi pokok jagung. Kalau kita tanam benih jagung yang baik, sudah semestinya kita tahu pokok jagung yang tumbuh jadi yang terbaik sebab kita pasti benih yang kita tanam adalah dari benih yang cukup baik.

Jika kita menanam sebab yang positif maka akibat dari itu kita akan mendapat kesan yang positif juga.

Berbalik pada hal minda dan pemikiran, jika kita masukkan minda kita dengan pemikiran yang baik-baik dan yang positif, perilaku kita juga akan jadi positif dan segala yang ada pada diri kita berubah jadi positif.

Kalau kita asyik tahu mengkondem, mengomen dan memasukkan fikiran kita dengan tanggapan buruk (dengki, iri hati, cemburu, melaut, menyampah) sudah tentu segala apa yang ada pada diri kita juga semuanya buruk-buruk juga.

Orang yang cemerlang, usahawan Internet yang berjaya dan jutawan-jutawan muda semuanya baik-baik belaka, berfikiran positif dan takde satupun yang berperangai negatif atau yang berfikiran tak baik. Mereka tahu kalau mereka memasukkan pemikiran negatif, hasilnya juga sudah tentu negatif dan mereka takkan dapat apa yang mereka mahukan .

Jadi, mereka memilih untuk jadi orang yang sentiasa berfikiran positif, menanam sebab-sebab untuk menjadi orang yang positif untuk mendapat kesan (outcome) yang positif, yang cemerlang, yang luar biasa hebat pencapaiannya.

Untuk Anda, sematkan pemikiran yang baik-baik di dalam minda. Anda adalah apa yang Ada fikirkan. Jadi, pilih untuk menjadi orang yang bertindak positif, berfikiran positif tidak mencukupi, Anda perlu bertindak positif.

Pandang Ke Depan
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar Anda?

Kali ini dalam tips motivasi, saya berkata tentang memandang ke depan. Tadi, selepas membaca buku motivasi Kejayaan Dari Dalam, saya berfikir panjang. Huraian yang diberikan dalam buku itu memang 'meresap' masuk ke dalam diri saya.

Saya melihat ramai yang membaca buku-buku motivasi, pergi ke ceramah motivasi dan meneliti beratus artikel motivasi, namun masih kabur-kabur tentang kejayaan, kecemerlangan dan matlamat yag mahu di capai oleh mereka. Saya tertanya-tanya apa yang masih menahan mereka dari terus melangkah maju ke hadapan, walaupun sudah cukup dengan pengisian motivasi.

Ibarat mengisi air ke dalam sebuah gelas kaca, namun air tu tak penuh-penuh sebab ada kebocoran di di bawah cawan tu yang tak ternampak. Saya juga ada seorang kawan yang dah banyak membaca buku-buku motivasi, namun semua itu bagaikan tidak memberi kesan katanya, dia sendiri yang mengaku pada saya.

Dari apa yang saya kaji, kita tertahan untuk maju ke depan sebab kita sering kali menoleh ke belakang dan sedikit terseksa dek kenangan lalu dan kegagalan yang mencengam jiwa kita.

Bahkan, kita tidak cuba untuk melupakan kenangan pahi tersebut dan menerimanya sebagai sejarah hidup, tapi seringkali rasa terseksa setiap kali mengingatnya, dalam masa yang sama menjadikannya kayu pengukur pencapaian kita sekarang ini.

Kecemerlangan memang tidak tentu akan dicapai, sesuatu yang samar-samar dan bagaikan sesuatu yang mustahil. Namun, orang-orang yang cemerlang tidak menerima kepercayaan begitu, bahkan mereka berkata ia boleh dicapai lalu membuktikan kepercayaan mereka dengan rajin berusaha. Kejayaan masa depan memang tak nampak, tapi ia boleh di rasa.

Anthony Robbins kata, 'the past does not equal the future'. Apa yang berlaku pada kita di masa lalu takkan sama dengan apa yang berlaku hari ini dan di masa hadapan. Kita yang menentukan apa yang berlaku, bergantung kepada perbuatan kita, attitude kita dan mindset kita

Anda boleh toleh ke belakang, namun jangan sesekali menjadikannya 'sebagai' booster motivasi kerana minda separa sedar akan menangkap keperitan masa lalu di fikiran Anda dan menariknya datang pada Anda. Kesannya, Anda akan 'tertahan' untuk maju ke depan.

Mengapa? Sebab Anda asyik menoleh ke belakang.

Jadi, jangan pandang belakang.

Mana yang mahu dipandang?

Pandang ke depan. Tanya diri Anda apa impian Anda.

Kemudian, sediakan diri dan mental untuk bekerja serajin mungkin mencapainya. Affirm yourself, that you can do it just like anybody else.

Jadikan impian-impian Anda sebagai 'booster' semangat motivasi yang sebenar.

Pandang ke depan, kerana itu adalah sikap orang-orang yang cemerlang. Mereka menerima kegagalan sebagai 'cara yang salah', mereka menahan telinga dari umpatan dan kata-kata nista bahkan mereka memaafkan sesiapa juga yang cemburu buta hingga tak puas hati dengan pencapaian mereka

Pembaikan Diri Berterusan
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar Anda? Saya sungguh bersemangat dan bertenaga hari ini.

Kali ini saya berkata tentang pembaikan diri berterusan. Dalam kata lain, continious self improvement.

Untuk apa? Untuk membolehkan diri Anda terus cemerlang dan jadi cemerlang sampai bila-bila. Ia juga untuk membolehkan Anda menjadi maju setapak dari pesaing-pesaing Anda. Bila kejayaan dah dicapai, ia merupakan satu kenangan yang sangat manis.

Orang-orang yang cemerlang dan mereka yang berjaya tak pernah berhenti dari memperperbaiki pencapaian peribadi dan mempelajari benda baru setiap hari, setiap masa dan di mana jua. Mereka tak mudah puas hati dengan pencapaian sedia ada dan mahu mencapai sesuatu yang lebih tinggi dari yang sebelumnya.

Michael Jordan, sebelum bersara dari arena sukan basketball, setiap hari berlatih dengan bersungguh-sungguh untuk memperbaiki permainannya sejak dari remaja lagi, walaupun pada ketika itu dia sudah berada di peringkat tertinggi sukan tersebut. Tiada pemain bola keranjang lain yang setanding dengan pencapaian Michael Jordan hari ini.

David Beckham, berlatih memperbaiki sepakan percumanya setiap hari, pagi dan petang di setiap sesi latihan walaupun dia sudah dikenali sebagai pemain bola sepak ternama dan berada di kemuncak karier melebihi pemain-pemain lain, bahkan digeruni tiap kali mengambil sepakan percuma di atas padang. Tiada lagi pemain lain yang serupa skill permainannya dengan Beckham dan tiada yang sepakan percumanya setepat tendangan Beckham.
Beckham mengambil sepakan percuma

Adam Khoo, walaupun sudah bergelar jutawan muda dan merupakan pakar pembangunan diri yang terkenal di Asia Tenggara, sentiasa belajar memperbaiki pencapaiannya dan mempelajari benda baru, walaupun dia sudah boleh bersara dari kerja dan dah boleh cuma duduk di rumah dengan kebebasan kewangan yang sedia ada.

Apa yang mendorong mereka buat ini semua? Mereka set target dan berusaha mencapainya dan menganggap target itu sebagai cabaran. Ini bukan sikap tamak, tapi mereka cuma mahu menjadi yang lebih baik dari sebelumnya. Mereka tak mudah berpuas hati.

Irfan Khairi, walaupun sudah bergelar jutawan Internet, tapi masih bekerja keras untuk mencapai matlamat seterusnya. Kalau orang lain, bila dah jadi jutawan, dah tak nak bekerja lagi dan cuma berehat saja.

Anthony Robbins, walaupun sudah dikenali sebagai pakar motivasi terulung (dan yang mendapat bayaran paling tinggi di dunia) masih lagi bekerja sehingga ke hari ini dan terus memberi motivasi tanpa kenal erti penat, rehat ataupun bersara.

Jika Anda lihat orang-orang yang cemerlang ni, mereka tak pernah berhenti bekerja dan jarang mengambil cuti panjang. Mereka sentiasa ada matlamat yang hendak dicapai dan untuk ke arah itu, mereka sentiasa belajar memperbaiki diri, menilai prestasi dan buat lebih baik dari yang sebelumnya.

Jadi, untuk Anda, cari seorang idola dan jadikan dia sebagai penyuntik semangat Anda. Kalau ada, siapa idola Anda?
Kaji pencapaiannya dan nilai-nilai positif dalam diri dia kemudian serap ia untuk menjadi tabiat Anda. Kemudian, jangan berhenti memperbaiki prestasi.

Set satu target dan kejar terus ! Senaraikan pada yang Anda boleh buat untuk mencapainya dan tuliskan apa yang Anda sanggup buat untuk ke arah itu. Jujur dengan diri sendiri.

Untuk jadi sentiasa bermotivasi, panjatkan kesyukuran pada segalanya yang Anda miliki sekarang. Dengan berbuat begitu, rahmat dalam hidup Anda akan ditambahkan lagi.

Sediakan "Thank You List" Anda hari ini juga !

Moga tips kali ini memberi manfaat. Jumpa di artikel akan datang.
Bagaimana Untuk Menggembirakan Hati Yang Sengsara, Sedih dan Kecewa.
Sebenarnya nak menghilangkan rasa sengsara, sedih dan kecewa caranya ada banyak, dan keberkesanannya terpulang pada ketahanan mental Anda, emosi Anda, kesabaran Anda. Tapi saya boleh jamin cara yang saya kongsikan ni, sebelum saya menulisnya, telah diguna oleh kebanyakan orang dan telah ditulis oleh ramai pakar motivasi, penulis buku pembangunan diri dan mereka sendiri telah melakukannya dulu.

Untuk tips motivasi kali ini, saya kongsikan 7 tips asas menggembirakan hati yang sengsara, sedih dan kecewa serta cara untuk berdepan dengan emosi tersebut, saya gabungkan dengan cara saya sendiri. Kita mulakan dengan...

1. Latih Minda Melupakan Kenangan Pahit.
Bunyinya senang nak dibuat, tapi perlu diaplikasi berterusan. Mengaku saja Anda sering merasa sedih sebab banyak kali mengingat kenangan pahit atau selalu kembali ke memori silam yang lalu, betul tak? Kita kena cut connection feeling kita dengan emosi yang lalu.

Mulai hari ini, tekad untuk melupakan semua tu, selupa yang mungkin, kasi kosong abis! Bulatkan azam untuk memfokus kepada masa depan Anda, cita-cita Anda, keluarga, kerjaya, kewangan, keilmuan dan rakan-rakan.

Anda takkan dapat melupakan kesemua memori pahit sekaligus, tapi lakukan step by step dengan mengalihkan perhatian Anda kepada perkara lain. Proses ini mengambil masa, tapi ia boleh dipercepatkan dengan disiplin diri.

2. Buang Sikap Risau.
Ada dua kesan dari sikap risau ni, pertama ia menarik nasib tak baik, masalah dan musibah tanpa Anda pinta. Kedua, memberi kesan buruk pada kesihatan Anda dari segi fizikal dan mental. Risau membuat Anda selalu menjadi sedih dan kecewa, kekadang takut. Untuk buang sikap risau, belajar untuk bertenang dan latih diri Anda mengawal emosi.

3. Belajar Rajin Bersyukur.
Ucap syukur atas kesemua yang Anda ada, apa saja! Misalnya, ucap syukur kerana Anda masih ada 5 deria yang lengkap, Anda boleh melihat dan menarik nafas tiap kali bangun tidur (dan bukannya bangun terus sakit jantung mahpun sudah berada di ALAM KEDUA), Anda ada kawan rapat yang memahami Anda dan Anda mempunya hanphone kesayangan Anda. Ucap syukur seikhlas hati, sebanyak yang mungkin, seikhlas mungkin hingga rasa syukur tu meresap jauh ke dalam diri Anda. Buat banyak kali dalam sehari.

4. Belajar Menjadi Pemaaf.
Sikap pemaaf dapat membersihkan hati dari perasaan negatif dan emosi-emosi negatif (takut, sedih, kecewa. gusar, menyampah, marah, geram, cemburu, tak puas hati, dendam, busuk hati). Seterusnya, meneutrakan gekombang fikiran negatif yang melekat bersarang di minda Anda.

Ketahuilah, Anda selalu rasa sedih dan kecewa kerana Anda tak memaafkan kesalahan diri Anda di masa lalu ataupun Anda tak memaafkan kesalahan orang lain tehadap diri Anda satu ketika dulu, ataupun... Anda susah menerima hakikat perbuatan salah orang lain terhadap diri Anda, yang membuat Anda sedih, kecewa dan geram tahap dewa..belajar menjadi pemaaf dan menghapus semua ni lalu menarik ketenangan datang pada diri Anda.

5. Ketawa, ketawa dan terus ketawa.
Ketawa bukan dibuat-buat, tapi biar ketawa yang benar-benar menggembirakan Anda dan menjadikan Anda girang. Tonton video yang lucu, baca cerita yang lucu, dekatkan diri Anda dengan rakan-rakan yang lucu serta cari "funny side" dalam setiap situasi, agar Anda boleh ketawa secara automatik. Ketawa dapat menghilangkan sedih. Buat apa LAYAN kecewa sedangkan Anda boleh ketawa? Come on...

6. Ubah Fikiran
Kita tak boleh merubah situasi yang boleh membuat kita kecewa, sedih dan murung. Tapi, kita boleh merubah fikiran kita dan apa yang kita fikirkan tentang situasi-situasi tersebut walau seburuk manapun ia. Rahsianya, cari sinar mentari disebalik mendungnya awan. Walaupun perkara tidak berpihak kepada Anda, cari cara bagaimana Anda boleh jumpa nilai-nilai positif di dalamnya.

Fikir yang baik-baik saja, kerana ia memberi keuntungan jangka masa panjang. Rezeki Anda murah dan segala yang baik-baik datang sendiri pada Anda. Anda menjadi apa yang Anda selalu fikirkan.

Buat apa fikir yang buruk sedangkan Anda boleh tarik semua yang baik-baik? Fikir yang buruk, Anda dapat yang buruk jawapnya. Ini hukum alam dinamakan hukum sebab dan akibat. Dalam kata yang lebih advance, itu hukum Law Of Attraction.

7. Hati Mesti 'Keras'.
Bukan keras sembarangan, maksudnya kekerasan hati, kesabaran yang tinggi, pandai mengawal emosi dan menerima hakikat dengan hati terbuka. Allah menurunkan musibah, permasalahan dan macam-macam lagi bukan sekadar dugaan, tapi balasan pada perbuatan-perbuatan Anda di masa lalu.

Buat baik, dibalas baik, begitu juga sebaliknya. Cuba ingat balik kejahatan kecil yang Anda lakukan pada orang lain, mungkin ada walau Anda tak sedar. Itulah perlunya kita bersikap baik dan berfikir yang baik-baik pada semua orang, benda, perkara, situasi dan keadaan.

Sebelum masuk tidur, set minda untuk jadi ceria pada keesokan harinya. Lafazkan dengan nada berbisik. Relaks, jangan terlalu mendesak diri.

Selepas bangun tidur, katakan pada diri ini adalah hari yang baru untuk Anda.

Tekadkan diri untuk menjadikan hari yang baru tu hari yang baik, sungguh baik, sebaik yang mungkin dari hari yang sebelumnya.

Ilmu Dulu Baru Amal
Dalam mengejar kejayaan, Anda perlukan ilmu. Dalam menyelesaikan masalah, Anda perlukan ilmu dan untuk memacu kemajuan diri, Anda mesti rajin cari ilmu (membaca, menelaah, mengkaji, melihat, bertanya dan mendengar).

Strategi orang yang ada ilmu takkan sama dengan orang yang kurang berilmu. Semakin banyak yang kita tahu, kita akan jadi semakin maju dan semakin hampir dengan titik kejayaan. Ini yang saya panggil sebagai "work hard in smart way".

Sama juga dengan sebuah komputer. Ia semakin canggih dan pelbagai guna bila pelbagai software dan perisian di install ke dalamnya. Semakin banyak ilmu yang kita pelajari, semakin banyak yang kita tahu dan semakin kita menjadi orang yang pintar bekerja mencapai matlamat kita.

Namun, kenal pasti ilmu apa yang Anda mahu tahu, kegunaanya dan pelajari step by step. Jangan pula nak jadi orang berilmu, Anda pelajari semua sekaligus. Kesannya, Anda akan jadi buntu, bingung dan tak tahu nak mula kat mana.

Bila dah ada ilmu, tiba masanya untuk bertindak dan aplikasikan apa yang kita tahu. Orang-orang yang berjaya ada keduanya sekali, ilmu dan tindakan konsisten. Walaupun apapun yang Anda usahakan, perlu didahului dengan ilmu dan ilmu tu pula biarlah dipandu oleh iman.

Lepas tu, baru ada kemajuan
Tips Mempowerkan Diri

Ok, kali ni kita berbincang tentang mempowerkan diri sendiri. Terkadang kita rasa malas, lemah longlai, lembik, tak bersemangat dan mengantuk. Sebab apa? Sebab, kita takde keseronokan dan keghairahan dalam melakukan sesuatu.

Untuk mem"powerkan" diri, pertama sekali ia perlu bermula di minda. Gambarkan diri Anda sebagai seorang yang energetik, aktif dan rajin. Dalam gambaran mental tu, lihat diri Anda merasa seronok dan asyik dengan apa yang Anda lakukan.

Selalunya kita jadi seronok bila buat apa yang kita suka, macam keseronokan main games, main futsal, berenang, berborak kosong dan chatting. Jadi, cari faktor yang boleh membuat Anda seronok dan suka dalam apa yang Anda sedang usahakan sekarang ini. Lama-kelamaan, keseronokan yang dicari akan timbul dengan sendirinya.

Kedua, ia berkait dengan fizikal, jasmani dan tubuh kita. "Power" datang dari tubuh yang sihat, degupan jantung di paras sihat dan pemakanan yang cukup, means yang ngam waktunya. Kalau ambil gizi pemakanan yang diatur, itu adalah lebih baik.

Ketiga, orang US kata "work hard, play hard". Maksudnya, bila kita dah bekerja keras serajin mungkin, kita kena berehat pula sebaik mungkin, bersantai sesantai mungkin dan manjakan diri semanja yang mungkin. Lepas tu, bekerja lagi, balun lagi, usaha lagi hingga matlamat kita tercapai. Tapi, ramai orang buat tak ngam, rehat banyak, kerja sedikit!

Semua datang dari kita sendiri, kerana kita adalah apa yang kita fikirkan. Semua bermula di kepala. Bak kata Dr Tuah Iskandar, "apa yang ada di dalam kepala ni pulak datangnya dari hati, apa yang ada di hati itulah yang sampai di kepala, apa yang sampai di kepala itu yang akan direalisasikan oleh diri.

Apa yang cuba direalisasikan oleh diri, itulah sebenarnya kita. Kalau kita letakkan perkataan malas di hati, maka itulah yang kita akan jadi, sengaja atau tidak...



Emosi dan Minda.



Kebanyakan orang berfikir bahwa semua yang berlaku dalam minda kita dan tahap emosional kita adalah sesuatu yang tidak dapat dikawal bahkan terlalu susah untuk dikawal.

"Ingat senang ke apa kawal emosi ni? eleh si Shueq ni, dia ingat minda ni ada remote kontrol ke nak dikawal-kawal? Dia ingat ni siaran Astro ke apa? Wahh.. banyak cantik".. hehe. iklan..

Sebenarnya, Anda sendiri yang membiarkan emosi menguasai Anda berhadapan dengan situasi meruncing. Anda tak tahu bagaimana mengawal emosi diri sendiri.

Oleh sebab itu, Anda mudah marah, naik hangin tetiba, kecewa, mudah tersentuh, rasa rendah diri dan mudah jauh hati, patah hati (atau bengkok hati?alamak..) bahkan mudah menyalahkan takdir bila sesuatu permasalahan yang maha berat menimpa Anda secara tiba-tiba.

Sebenarnya, Anda mampu mengawal emosi. Saya percaya Anda mampu menjadi orang yang bijak mengawal emosi.

Cemana? Dengan mula melatih diri mengawal arus minda. Arus minda boleh dikawal dengan bertenang, kawal pernafasan dan kawal tindakan .

Anda mampu mengawal semua apa yang ada di dalam pemikiran Anda, tanggapan Anda dan mampu membiarkan emosi energetik meresap ke dalam diri Anda hingga Anda melakukan sesuatu yang penuh drastik, fantastik dan luar biasa hebat.

Rasa tertekan takde sebenornye, ia terjadi kerana Anda mencipta rasa tertekan tu dan membiarkan ia menguasai emosi Anda dan membisikkan pada hati Anda bahawa Anda yang Anda adalah seorang yang tertekan.

Lebih banyak fikiran Anda "layan" rasa tertekan, lebih teruk ia akan jadi. Law Of Attraction memainkan peranannya serta merta.

Ia menarik lebih banyak situasi yang membuatkan Anda tertekan, tertekan lagi dan lagi tanpa henti. Nak ke camtu?

Kesan dari itu, anda langsung tak bermaya, lembik aja. Selain itu, Anda juga menganggap diri Anda sebagai seorang yang penuh tekanan bukannya orang yang boleh handle rasa tertekan.

Saya ada cara tersendiri bagaimana mahu belajar mengawal emosi dan bagaimana handle tekanan. Baca baik-baik, saya akan kongsikan di sini.

Terlebih dahulu, Anda perlu latih diri untuk jadi seorang yang tenang pada setiap masa, be in control. Luangkan 10 minit dalam sehari untuk melatih minda Anda bertenang melalui meditasi. Zikir, adalah cara paling baik.

Kata lain bagi meditasi ialah tafakur, duduk diam dan menutup mata lalu merehatkan badan untuk bertenang. Ia tidak bercanggah dengan mana-mana agama dan sesuai untuk semua bangsa mahupun semua golongan usia.

Senang saja, cari tempat yang tenang tanpa gangguan, duduk bersila atau menyandar, tutup mata, niatkan dalam hati Anda mahu bertenang, katakan pada diri Anda yang Anda mahu relaks, jadi semakin relaks, relaks dan terus relaks.

Beritahu minda yang Anda mahu berada dalam keadaan santai. Cuba bertenang, setenang yang mungkin, sesantai yang mungkin. Bernafas slow-slow dan jangan buat apa-apa.

Bila Anda sudah selalu mengamalkan meditasi dan selalu berlatih menenangkan diri di tempat sunyi, emosi Anda jadi lebih terkawal. Anda tidak mudah rasa tertekan dan tidak mudah menyalahkan takdir atas masalah yang menimpa.

Seperti yang saya katakan dulu, minda menjadi kuat jika kita selalu berada dalam keadaan tenang, relaks, be in control dan selalu mengamalkan zikir mahupun meditasi. Kebijaksanaan akan hilang jika kita berada dalam kelam kabut, tertekan dan marah.

Bila bertenang setiap masa, takkan mudah bagi emosi buruk menguasai diri Anda. Anda juga secara automatik takkan mahu mendengar kata-kata nista, caci maki, kata-kata kesat dan yang seumpama umpatan.

Mengikut Law Of Attraction, kita adalah apa yang kita fikirkan.

Untuk menjadikan diri Anda seorang yang terkawal emosinya, katakan pada diri rasa tertekan tu takde kena mengena dengan Anda dan ia hanyabersifat sementara saja. Cuba katakan.."

"Hek eleh.. mana pula bila tertekan terus lemah longlai, terus tak bersemangat. Tak de kaitan langsung. Alaaa.. mengada-ngada aje tu"

Selalulah berfikir perkara-perkara yang mendamaikan, yang indah, yang menggembirakan termasuk juga yang membahagiakan. Fikirkan apa yang selalu membuat Anda gembira. Eh, kenapa pulak?

Sebab, apa yang Anda fikir itulah yang akan jadi. Ia mungkin sekarang, lepas ni, mungkin esok atau dua hari akan datang.

Jadi berfikirlah tentang segala apa yang menggembirakan agar fikiran Anda menarik situasi-situasi yang menggembirakan, orang-orang yang boleh membuat Anda gembira dan benda-benda yang membuat anda girang setiap masa.

Jangan fikir rasa tertekan, walaupun sedikit,elak diri Anda dari pemikiran negatif. Be in control.

Bila Anda dalam keadaan tertekan, tukar segera fikiran tu. Terapkan emosi gembira dan energetik.

Cari seseorang untuk bercerita, buat sesuatu ataupun lihat keluar untuk mengambil udara segar. Dengan itu, emosi Anda menjadi lebih terkawal dari asyik memikir masalah dan menjadi lebih positif.

Latih diri Anda untuk mengawal emosi dengan menenangkan diri hari ini juga
Minda Bawah Sedar - Definasi

Hai pembaca blog, bersua lagi kita.

Kali ni saya berkata tentang Minda, lebih detail lagi tentang bahagian Minda. Pada tulisan saya yang lepas saya dah berkongsi dengan Anda 4 jenis gelombang Minda. Setengah pengamal Minda panggil arus minda. Kalau Anda nak baca tulisan lepas, ada kat bawah artikel ni.

Well, saya akan beritahu Anda, minda kita sebenarnya ada dua bahagian iaitu minda sedar dan minda separuh sedar. Minda sedar adalah minda yang "zahir" dan ia membolehkan kita mengawal bahagian luar badan kita. Minda separuh sedar pula adalah minda yang "batin" dan mengawal bahagian badan yang lain tidak dapat disedari kita.

Minda sedar menggunakan logik dan penaakulan deduktif. Ia bergantung kepada 5 deria kita iaitu penglihatan, hidu, bunyi, sentuhan dan rasa. Kita memperolehi pengetahuan-pengtahun kita melalui 5 deria ni.

Minda sedar belajar mengenai sesatu perkara melalui pemerhatian, pengalaman dan pendidikan. Ia berfungsi dengan mengambil kira logik dan segala apa yang terbit dari 5 deria kita tadi tu. Minda separuh sedar pula, belajar melalui perasaan kita dan tanggapan kita. Ia lebih kepada kreatif dan tahap perasaan.

Sama ada Anda sedar atau tidak, kedua-dua bahagian minda ni saling berhubung. Anda saling berhubung dengan minda sedar. Semua perasaan Anda, tanggapan Anda, pemikiran mahupun tindakan Anda lahir dari minda sedar dan di simpan dalam minda separuh sedar.

Cemana dengan minda separuh sedar berhubung? Ia berhubung automatik dengan minda sedar. Ia akan mengikut apa yang minda sedar rasa. Ia melakukan semua untuk Anda. Minda sedar hanya sebagai penghubung Anda kepada minda separuh sedar ni. Konsepnya secara rngkas, what you want is what you get.

Perumpamaannya, saya ibaratkan sebagai sebuah kapal. Anda adalah kapten kapal, minda sedar sebagai ketua anak kapal dan minda separuh sedar pula adalah anak-anak kapal yang betugas di bawah sana. Oleh kerana mereka di bahagian bawah kapal yang ada enjin, diorang tak nampak apa yang berlaku di atas mahupun ke mana arah mahu dituju, hanya mengikut arahan kapten kapal saja.

Katakanlah, sedang belayar, anda terlihat sebuah pulau dan Anda mahu segera sampai ke sana. Lalu Anda beritahu pada ketua anak kapal tentang pulau tu dan matlamta Anda mahu ke sana.

Selepas itu, ketua anak kapal (minda sedar) pula memberitahu anak-anak kapal (minda bawah sedar) tentang perubahan itu dan membuat mereka semua maklum bahawa ada haluan baru dan bukan lagi bergerak menghala ke haluan sebelum ini. Dengan itu, setelah memahami arahan tersebut anak-anak kapal sedaya upaya menggerakkan kapal dengan menambahkan tenaga kepada enjin supaya kapal bergerak dengan laju.

Diorang tak nampak pulau tu cemana rupanya, cemana jauhnya, jauh lagi ke atau dah nak dekat dah. Kapal itu, saya umpamakan sebagai tubuh Anda. Pulau itu pula adalah matlamat Anda. Anak-anak kapal hanya tahu menggerakkan kapal ke pulau tu selaju yang mungkin.

Saya rasa Anda dah faham cemana. Beginilah prosesnya bila anda menetapkan matlamat di dalam minda Anda. Anda dah faham bagaimana minda bawah sedar bertindak.

Minda separuh sedar merealisasikan apa saja matlamat Anda. Dia akan menggerakkan Anda dengan memberi idea-idea supaya Anda boleh merangka strategi daridea-idea tu. Anda cuma perlu waspada, sediakan kertas dan pen setiap masa sebab idea ni akan muncul di mana jua, bila-bila masa.

Misalnya, seorang Anda penulis lagu. Anda mahu menulis lagu baru bertemakan cinta lalu asyik memikirkan apa tema cinta yang sesuai untuk ditulis (secara tidak langsung Anda telah menetapkan matlamat dalam minda - menghasikan lagu). Bila minda sedar tahu, ia akan menyampaikannya kepada minda separuh sedar.

Proses ini berlaku dengan sekelip mata. Setelah itu, minda separuh sedar akan mencari-cari
memori Anda dan kemudian memberi hasilnya dalam bentuk idea. Kalau tak jumpa, ia akan "lepaskan" kemahuan Anda tu ke alam semesta (Universe) dan selepas itu Anda akan berjumpa dengan situasi-situasi yang memberikan idea secara kebetulan.

Kekadang, idea lahir dari kemahiran Anda, cuma timbul idea untuk membuat kelainan. Tiba-tiba Anda teringat lagu sebelum ini lalu terfikir untuk mengubahnya sedikit setelah Anda terdengar lagu penyanyi lain secara kebetulan.

Selepas itu, tercapailah matlamat Anda mahu menghasilkan lagu. Minda separa sedar juga akan merealisasikan apa jua yang selalu Anda fikirkan. Bila anda memikirkan atau "melayan" sesuatu, dia akan "menangkapnya" dan merealisasikannya kerana itu sudah menjadi tugasnya.

Untuk menjadi cemerlang, Anda perlu belajar untuk mahir mengawal minda. Dengan memiliki kemahiran mengawal minda Anda sendiri, Anda menjadi seorang yang matang, bijak, tahu mengawal emosi dan tahu memanfaatkan kuasa minda untuk mencapai apa saja matlamat Anda, terumata untuk mencapai kecemerlangan.

Lihat tokoh-tokoh cemerlang, mereka semua bijak mengawakl minda dan tahu memanfaatkannya. Badan kita jadi lebih kuat, bertenaga dan berketul-ketul ototnya jika kita rajin bersenam atau rajin berlatih di gym.

Begitu juga minda. Ia akan lebih kuat jika Anda "melatihnya" dengan aktiviti intelektual, seintelektual yang mungkin, seperti membaca, bermain teka silang kata, menyelesaikan masalah matematik, menulis dan mencipta sesuatu. Dengan ini, ia akan memberikan lebih banyak idea bernas, kreatif dan cemerlang

Beza Mesti Dan Mahu
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Salam Ramadhan buat pembaca Motivasi Pembangunan Diri. Kali ini dalam tips motivasi, saya berkata tentang mesti dan mahu.

Ada beza yang sangat besar di antara dua perkataan, MESTI dan MAHU. Dalam skop kita untuk mengejar kecemerlangan peribadi, kejayaan dan kemajuan diri, kita perlu membuat keputusan sama ada mahu berjaya atau mesti berjaya.

Ramai orang mahu berjaya, tapi tak ramai orang yang sanggup melakukan seperti apa yang orang-orang berjaya sanggup lakukan iaitu bekerja keras, sekeras yang mungkin, serajin yang mungkin. Formula paling simpel dalam mengejar kejayaan ialah meniru sikap, mindset dan tindakan orang-orang berjaya.

Selain sanggup melakukan apa saja, Anda perlu ada daya tahan mental dan fizikal. Dari pengamatan saya, orang-orang yang berjaya mempunyai tersendiri daya tahan kerana motivasi yang menjadi "booster" ketahanan mereka lahir dari keseronokan bekerja.

Mesti dan mahu memang banyak bezanya. Perkataan "mahu" bila Anda lafazkannya, bagaikan Anda mempunyai pilihan-pilihan lain. Bak kata Dr Tuah Iskandar, nak ke tak nak?.

Tapi, bila menyebut MESTI, Anda sudah tidak ada pilihan. Seperi kata Dr Tuah Iskandar lagi, biar betul-betul dan buat sampai jadi. Sebab, dah jadi mesti.

Apa getaran yang Anda rasa bila saya kata Anda mahu berjaya dan Anda MESTI berjaya? Perkataan MESTI merupakan sesuatu yang serius dan memberikan getaran tahap tinggi pada gelombang minda Anda. Betul tak?

Dalam mengejar kejayaan, katakan Anda MESTI berjaya. Beritahu pada orang-orang di sekeliling Anda yang Anda mesti berjaya, put yourself on the line !

Tak kisah sama ada seorang pelajar, pekerja atau usahawan Internet, beritahu kawan-kawan Anda dan kawan kepada kawan-kawan Anda yang Anda mahu berjaya. Cabar diri sendiri untuk mesti berjaya dengan cuba membuktikannya pada mereka.

Dengan ini, Anda sudah tidak ada pilihan lagi kerana reputasi Anda berada di depan mata mereka dan mahu tidak mahu, Anda mesti bekerja keras untuk mencapai kejayaan. Dengan itu, minda Anda mengambil serius keputusan Anda mahu mencapai kejayaan lalu dalam masa yang sama, menarik situasi-situasi, orang perseorangan dan apa jua benda yang membuat Anda boleh berjaya.

Katakan mesti, bukan mahu. Boleh katakan mahu, tapi mesti adalah pilihan yang lebih baik.


Beza Mesti Dan Mahu
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Salam Ramadhan buat pembaca Motivasi Pembangunan Diri. Kali ini dalam tips motivasi, saya berkata tentang mesti dan mahu.

Ada beza yang sangat besar di antara dua perkataan, MESTI dan MAHU. Dalam skop kita untuk mengejar kecemerlangan peribadi, kejayaan dan kemajuan diri, kita perlu membuat keputusan sama ada mahu berjaya atau mesti berjaya.

Ramai orang mahu berjaya, tapi tak ramai orang yang sanggup melakukan seperti apa yang orang-orang berjaya sanggup lakukan iaitu bekerja keras, sekeras yang mungkin, serajin yang mungkin. Formula paling simpel dalam mengejar kejayaan ialah meniru sikap, mindset dan tindakan orang-orang berjaya.

Selain sanggup melakukan apa saja, Anda perlu ada daya tahan mental dan fizikal. Dari pengamatan saya, orang-orang yang berjaya mempunyai tersendiri daya tahan kerana motivasi yang menjadi "booster" ketahanan mereka lahir dari keseronokan bekerja.

Mesti dan mahu memang banyak bezanya. Perkataan "mahu" bila Anda lafazkannya, bagaikan Anda mempunyai pilihan-pilihan lain. Bak kata Dr Tuah Iskandar, nak ke tak nak?.

Tapi, bila menyebut MESTI, Anda sudah tidak ada pilihan. Seperi kata Dr Tuah Iskandar lagi, biar betul-betul dan buat sampai jadi. Sebab, dah jadi mesti.

Apa getaran yang Anda rasa bila saya kata Anda mahu berjaya dan Anda MESTI berjaya? Perkataan MESTI merupakan sesuatu yang serius dan memberikan getaran tahap tinggi pada gelombang minda Anda. Betul tak?

Dalam mengejar kejayaan, katakan Anda MESTI berjaya. Beritahu pada orang-orang di sekeliling Anda yang Anda mesti berjaya, put yourself on the line !

Tak kisah sama ada seorang pelajar, pekerja atau usahawan Internet, beritahu kawan-kawan Anda dan kawan kepada kawan-kawan Anda yang Anda mahu berjaya. Cabar diri sendiri untuk mesti berjaya dengan cuba membuktikannya pada mereka.

Dengan ini, Anda sudah tidak ada pilihan lagi kerana reputasi Anda berada di depan mata mereka dan mahu tidak mahu, Anda mesti bekerja keras untuk mencapai kejayaan. Dengan itu, minda Anda mengambil serius keputusan Anda mahu mencapai kejayaan lalu dalam masa yang sama, menarik situasi-situasi, orang perseorangan dan apa jua benda yang membuat Anda boleh berjaya.




Anda Ada Potensi Unik
Setiap dari kita mempunyai potensi berlainan. Kita berbeza dari segi latar belakang pendidikan, ilmu, kemahiran, pengetahuan dan pengalaman. Bahkan, kita berbeza dari segi fizikal, mentaliti dan jiwa.

Namun, potensi yang berbeza-beza pada setiap individu ni boleh digembleng dan dikembangkan untuk memacu Anda ke arah kejayaan, tak kira sama ada Anda mahu berjaya di dunia ataupun di akhirat. Anda boleh membanding pencapaian diri Anda dengan mereka yang lebih dulu dan lebih advance, tetapi jangan sampai ia menimbulkan rasa rendah diri (bukannya rasa kagum) bila usaha Anda menemui kegagalan.

Saya ada potensi dan Anda juga ada potensi yang sama untuk mencapai apa yang kita impikan. Apa yang berbeza adalah mindset, kawalan minda dan emosi, kesanggupan mencari ilmu dan seterusnya usaha kita. Ada yang rajin, ada juga yang sederhana rajin dan ada juga yang malas.

Kenali diri Anda terlebih dahulu. Dalam masa yang sama, selidiki kelemahan-kelemahan diri Anda supaya Anda boleh mengurangkannya langkah demi langkah. Jangan peduli jika orang lain mentertawakan kelemahan diri Anda atau apa jua kekurangan fizikal Anda, janji Anda tahu apa kelebihan Anda.

Bila Anda diherdik, ditengking dan ditertawakan sebab buat silap, katakan pada diri Anda itu adalah feedback orang lain yang melihat kelemahan diri yang Anda tak nampak. Apa?

Kita perlukan orang lain supaya kritik kita? Ya Betul !

Kita memerlukan orang lain untuk tahu kelemahan diri kita. Jika Anda tahu menilai kesilapan diri sendiri, maknanya Anda seorang yang ada inisiatif dalam diri.

Dalam berkata tentang potensi unik yang ada pada setiap dari kita, saya mengambil contoh dari alam semesta. Lihat saja pada seekor kuda, dikurniakan badan yang tinggi, otot yang pejal dan kaki yang panjang kuat untuk menjadikannya laju berlari.

Ikan lumba-lumba pula dikurniakan kulit yang licin dan badan yang lembut untuk membolehkannya meluncur laju di dalam air. Ini satu kelebihan yang ada pada ikan lumba-lumba yang takde pada beratus ribu spesis ikan lain.

Selain tu, lihat pada burung Helang. Burung ini dikurniakan mata yang tajam penglihatannya dan sayap yang kuat. Oleh sebab itu, burung helang memiliki kelebihan di udara berbanding burung-burung biasa yang lain.

Kesimpulannya, setiap dari kita mempunyai keunikan tersendiri dan kekuatan tersendiri. Anda tidak patut rasa rendah diri, malu mahupun rasa tak setanding dengan orang lain. Anda ada potensi unik yang tak sama dengan pencapaian orang lain yang Anda lihat.

Orang lain hebat di dalam bidang mereka, kerana mereka tahu itu bidang mereka, telah menjadi minat mereka dan "makanan" mereka. Jangan membanding-banding diri Anda, sebaliknya, tuliskan apa yang Anda boleh buat lebih baik dari orang lain dan di area mana yang Anda mampu kalahkan orang lain, sama ada dalam kerjaya, sukan atau hobi.

Lakukannya hari ini juga!


- Shueqry -
all for one, one for all.

p.s Saya tukar layout blog motivasi ni kepada hitam-kuning. Warna Hitam adalah lambang kisah silam, permasalahan dan kemurungan manakala warna Kuning adalah lambang kepada kebangkitan, semangat waja dan keceriaan.

Ini saya adaptasi dari Lance Armstrong, dia banyak memberi inspirasi kepada saya. Thanks Lance. I wish i've wrote this blog post in English earlier to express my feeling and my dedication towards helping others.

I personally dedicated this blog for LiveStrong.org, may all tips written here helps many people to bulid their faith, confidence and inner strength. Remember, life dont have to be lost!

Be Strong, Be Patient and Live Your Life To The Fullest Potential.
Betulkan Mind Setting

Setiap hari, persiapkan diri, mental dan fizikal Anda untuk kembali melakukan yang terbaik esok pagi.

Jangan sesekali kata, aiseh, esok dah nak keje la pulak. Kena bangun awal, punch card la pulak, trafic jam la pulak. Huh.. bencinya, menyampahnya, malasnya!

Anda akan lihat kesannya esok pagi, susah nak bangun, liat, malas semacam. Terasa lembik dan lemah satu badan, longlai dan tak bertenaga langsung.

Untuk besok mind settingnya perlu betul pada hari ini. Andaikata esok nak gi kelas, wah sukanya.. jumpa dengan kengkawan, jumpa lecturer yang hensem dan jumpa "mata air"!

Esok nak kerja balik, walla weh.. tak sabar-sabar rasanya nak gi kerja. Set minda Anda untuk nak berikan yang terbaik pada bos Anda dan set minda Anda nak kalahkan prestasi kengkawan Anda kat ofis tu dalam minggu ni.

Anda dah tak sabar nak buktikan anda juga hebat bila time kerja! Cubalah menyukai kalau anda tak suka. Latih diri untuk menyukai kerjaya anda.

Kalau seharian malas, menyampah, stress, nak harap terima gaji ujung bulan saja, Anda takkan ke mana jawapnya, prestasi situ-situ, gaji pun tak naik-naik la jadinya. Ini baru sehari. Kalau 365 hari yang akan datang, cemana?

Minda Anda "mengangkap" kata-kata hati anda begini :
"Aku malas, aku menyampah dan aku nak gaji ujung bulan saja".

Minda anggap anda minta, itu juga yang akan direalisasikan oleh minda. Dia tak tahu itu baik ke buruk. Semua ini berlaku tanpa Anda sedari. Jadi, berhati-hati bila bercakap sendiri.

Kawal kata-kata hati anda. Biarlah berkata yang baik-baik, yang bersemangat dan yang sentiasa positif, optimis dalam apa jua keadaan. Beranikan diri. Kalau kita takut fikiran positif tak menjadi, apa yang Anda takut tu la yang menjadi. Makin tak jadi.

Jika anda masih juga sakit hati berhari-hari dengan seseorang, untuk kurangkannya saya akan beri satu tip. Cari tempat yang sunyi dan tanpa gangguan sesiapa. Ambil 10 minit untuk tenangkan diri.

Duduk bersila, tutup mata dan cuba bertenang, setenang yang mungkin. Ini juga boleh dilakukan di kala takde sesiapa yang ada kat dalam ofis. Duduk kat kerusi tu aje. Katakan pada diri, Anda jadi semakin relaks, relaks dan terus relaks.

Dalam hati, bayangkan wajah orang yang anda marah sesangat tu. Bayangkan sedetail yang mungkin bagaikan dia berada di depan Anda.

Kemudian, dengan sepenuh hati, katakan padanya yang anda maafkan dia. Biar rasa kemaafan tu meresap ke dalam diri Anda.

Selepas tu, lupakan kesalahan dia. Bayangkan dia gembira dengan kemaafan itum dia uncapka terima kasih dan Anda lihat dia melangkah jauh lalu berlalu pergi. Rasa lebih relaks tak? Buka mata. Kena lakukan ini dengan sepenuh hati untuk mendapat kesannya.

Saya tahu, mula-mula ini payah untuk dilakukan. Kena latih diri selalu. Wahh.. banyak cantik..Orang buat hal ngan kita senang-senang aje kita nak lupakan ya.. Tapi,percayalah..
kalau dilayan geram, sakit hati dan marah tu berhari-hari, Anda akan menarik lebih banyak situasi yang membuatkan Anda geram sekali lagi, sakit hati sekali lagi dan lagi tanpa henti.

Proses ini berulang-ulang. Selagi anda tak ubah mind setting dan selagi Anda masih tak lepaskan rasa sakit hati, selagi tu ini akan berlaku. Nak ke camtu?

Tak kira anda sekarang seorang pekerja, usahawan, pelajar mahupun golongan marhaen, betulkan setting minda Anda. Jika perubahan ke arah kehebatan diri yang anda mahu, ubah pemikiran Anda hari ini juga.

Tiada siapa yang boleh melakukannya. Hanya Anda seorang.
Kesedaran Dari Ayat Al-Quran
Salam pembaca blog. Apa khabar Anda hari ini? Moga dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Terkejut? Maafkan saya.

Terus terang saya katakan, berpusu-pusu SMS masuk ke handphone saya meminta jangan terlalu lama berundur dari blog ini atau membiarkannya lebih dari seminggu, ada pembaca blog motivasi ini yang mengaku tak bersemangat jika saya mengundurkan diri, walaupun sementara. Benarkah? Oh, sungguh tak disangka..terharu saya..

Terima kasih pada Anda, saya merasa sungguh dekat dan sungguh dihargai, walapun saya tak pernah jumpa Anda dan berada jauh di Kota Kinabalu pula. Bersemangat saya bila baca pesanan-pesanan SMS yang dihantar, terutamanya dari saudara Nailofa, Mr. A, Zairi dan saudari Aleeya, terima kasih..semalam merenung tafsir ayat Al Quran di bawah ini yang membuat saya berfikir panjang:

"Bukankah kami (yakni Allah) telah melapangkan dadamu ya Muhammad. Dan kami telah ringankan bebanmu yang berat yang memberati belakangmu. Dan kami tinggikan (muliakan namamu). Sesunggunnya di dalam kesukaran itu ada kemudahan. Sesungguhnya di dalam kesukaran itu ada kemudahan. Apabila engkau telah selesai (mengerjakan) suatu pekerjaan, maka bersungguh-sungguhlah (meskipun dengan bersusah payah untuk mengerjakan yang lain pula). Dan kepada Tuhanmulah kamu berharap."Maksud surah Al Insyirah ayat 1-8.

Ayat tersebut sangat memotivasikan saya. Lalu timbul kesedaran, memberitahu saya supaya terus konsisten menulis di blog motivasi ini walaupun bersusah payah. Keadaan saya sekarang memang payah, tanpa kemudahan Internet dari rumah seperti biasa dan terpaksa berulang-alik ke cyber cafe yang bukan dekat jaraknya. Namun saya yakin, Allah dah berjanji disebalik kesukaran ada kesenangan.

Saya niatkan menulis di sini sebagi ibadah. Menulis adalah minat saya dan saya jadi lebih bersemangat bila tahu apa yang saya sampaikan melalui penulisan memberi kesan mendalam pada orang lain, terutama yang mencari-cari diri sendiri dan yang rasa kosong (situasi yang saya sendiri lalui dulu). Saya kena tabah, konsisten dan positif dalam menjalani kehidupan dan saya yakin disebalik kepayahan yang saya lalui sekarang, ada kesenangan yang lebih berpanjangan nanti. Ini satu ilmu yang saya tak dapat di tempat lain.

Saya tetap berusaha sekuat daya walaupun agak payah. Dalam pada itu sungguh banyak pengajaran tersirat yang saya pelajari yang memotivasikan diri. Melihat kesusahan orang lain, saya bersyukur kerana Allah mengurniakan saya bakat menulis dan kepintaran untuk mendepani rintangan hidup. Saya bukan lagi orang biasa, dah lama saya tukar mindset menjadi orang luarbiasa. Extra mind, extra mile, extra mild bak kata Dr Tuah.

Sesungguhnya bakat ini diberi for a reason. There must be a reason. Saya muhasabah diri dan minta petunjuk hala tuju sebenar hidup saya. Sukar untuk saya terangkan, dalam Inggeris dipanggil "lucid dreaming". Yang muncul adalah wajah ibu bapa saya. Selepas bertanya, saya mendapat jawapan.

Hala tuju hidup saya adalah dalam bidang pendidikan dan penulisan. To lead and to inspire others. Bukan seperti jejak langkah keluarga saya yang kebanyakannya guru, tapi di level yang lebih tinggi daripada itu. Anda sudah melihat jalan pemulanya melalui blog motivasi ini. My destiny is by serving others.

Saya tahu ini bila melihat pada ilmu sains Numerology dan nombor diri saya adalah 6, means i am "the server". Itu juga nombor yang sama pada nama penuh Dr Fazley Yaakob. Saya akan terangkan satu hari nanti apa makna Numerology dan bagaimana Anda juga boleh mengenali diri sendiri dan hala tuju hidup Anda melalui nombor. Ia sebagai panduan saja, tapi sangat berguna untuk lebih mengenali diri sendiri. Lagipun, bila dah kenal diri, senang untuk kita memberi booster motivasi sebab kita dah kenal hala tuju kita ke mana.

Insya Allah saya selalu update blog motivasi ini seperti biasa, takpe walaupun hanya dari cyber cafe saja. Saya boleh jimatkan masa dengan menulis dulu di rumah, save dalam pen drive dan publishkan. Semua ini sementara, segalanya akan kembali seperti biasa juga bila modem saya dah ok dan rumah saya juga dah ok.

Saya mohon pada Anda doakan agar urusan saya dipermudahkan. Saya juga sentiasa berdoa agar semuanya berjalan lancar. Ruang masa yang ada saya gunakan untuk membaca dan terus membaca. Moga dengan itu, saya dapat kongsikan lebih banyak ilmu pada Anda dan sesiapa jua yang membaca blog motivasi ini.

No comments: