Salam mesra ....dari Kota Manila,Filipina ....agak lama saya tidak mengemaskini blog ini ,dek kesibukan dalam menjalankan tugas rutin dan melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang ketua keluarga. Pada hari ini , adalah hari ke-6 saya berada di bumi Manila ini ekoran menyertai Kursus Empowerment To The Women yang dianjurkan oleh APRACA-CENTRAB ,sebuah ngo's yang giat menjalankan aktiviti2 memperkasakan wanita di dalam MicroFinance Programme di Filipina khususnya.
Sepanjang 6 hari berada di sini apatah lagi terpaksa melaksanakan ibadah puasa di bumi yang mana 98% penduduknya adalah beragama kristian , amat terasa kesukarannya. Kesukaran untuk mencari premis-premis kedai makan yang 'halal' (boleh dikatakan hampir tiada langsung ...dan jika adapun seperti restoran yang dimiliki oleh warga negara Iran namun masih juga menjalankan aktiviti2 haram seperti menjual minuman keras). Justeru itu,saya terpaksa berhati-hati dalam memilih makanan yang difikirkan selamat untuk dimakan (saya juga membawa satu kotak makanan dari Malaysia sebagai persediaan).
Melalui program ini juga kami disajikan tiap-tiap hari makanan yang dimiliki oeh restoran-restoran cina yang pastinya tidak halal dan tidak sesuai untuk didekati.Walaupun telah memaklumkan kepada pihak urusetia namun pada anggapan mereka orang islam hanya tidak boleh memakan babi sahaja ....justeru itu kami tetap dihidangkan dengan sajian makan malam yang agak meloyakan. saya memilih untuk memakan 'ikan' yang disediakan hampir setiap malam ...walaupun dalam hati kecil masih was-was dengan status 'halal' makan tersebut.
Kesukaran untuk melaksanakan solat harian di sini juga cukup dirasai. Amat sukar untuk mencari surau atau masjid untuk solat terutamanya apabila program yang di susun melangkaui waktu zohor dan asar. Kebetulan pada hari ke-2 saya sempat menyapa seorang muslim (yang berkopiah) dan beliau membawa saya ke satu masjid kecil yang terletak agak tersembunyi di sebuah pasaraya terkemuka di bandar Manila ...di sini saya melihat betapa akrabnya hubungan dan ukhuwah sesama muslim yang berada di sebuah negara yang mana penduduk islam adalah minoriti. Apapun terima kasih kepada saudara 'umar' ...moga Allah membalas jasa baik saudara .....sekian salam dari Manila ...sebentar lagi saya ada 'evaluation session' yang diadakan di Bayview Park City Manila .....SALAMAT PU(TERIMA KASIH)