Sunday, August 10, 2008

KENO PK TAPI JANGE BIMBE

Rancang dan bekerjalah dengan apa yang ada di tangan.Jangan bimbang akan hal-hal tidak menentu dalam angan-angan.Yang ditangan itulah yang sebenar.Yang dalam angan-angan itu masih samar.Kita tidak mungkin hidup dalam dua alam yang samar - masa lalu yang telah jadi memori :masa depan yang masih ilusi.Hidup hakiki ialah hari ini. Itulah yang realiti.Kata cerdik pandai : "Beradalah ditempat kamu berada". Maksudnya jangan lari dari realiti.Usah absent minded.Hidup dan beradalah dalam hari ini.Jangan khuatiri hari esok.Jangan bimbangkan hari semalam.Susun jadual hidup harian dan ikutilah dengan tenang. Hidup umpama membaca lembaran demi lembaran dari sebuah buku yang sangat tebal.Jangan gerun hanya dengan melihat ketebalan buku tersebut,hingga hilang mood untuk membacanya.Atau terlalu gelojoh,hingga membaca secara meloncat-loncat tanpa mengikut tertib mukasurat.Bacalah dari mukasurat pertama ,kedua,ketiga dan seterusnya.Begitulah juga dalam soal 'mambaca' kehidupan ini.Inilah rahsia ketenangan jiwa para sahabat Rasulullah S.A.W.Mereka adalah individu yang tidak berangan-angan tetapi menggunakan sepenuhnya kesempatan yang sedia ada di tangan.Mereka hidup tanpa rasa gundahdengan apa yang telah terjadio kelmarin dan tidak pula bimbang dengan apa yang bakal terjadi esok.Generasi solehin itu tidak terdera oleh percubaan melihat masa depan dengan teropong angan-angan yang serba kabur.Mereka adalah insan produktif.Sikap yang dibentuk oleh penghayatan mereka terhadap pesanan Rasululah SAW:"Jika kamu berpagi-pagi,jangan menunggu ke waktu petang...."

Pernah suatu malam Nabi s.a.w. agak rimas ketika hendak tidur. Ketika ditanya isterinya mengapa,baginda bersabda:"Aku risaukan dua tiga keping dirham yang masih tinggal dalam rumah ini.Takut-takut aku dipanggil oleh Allah(mati) dalam keadaan dirham itu tidak aku sedekahkan."Baginda juga pernah bersabda,bahawa bila matanya terbuka,baginda berasa tidak yakin apakah sempat menutup matanya semula.bila baginda menarik nafas,baginda tidak yakin apakah akan dapat melepaskannya semula.

Hidup adalah satu pusingan perubahan yang tidak henti-henti.Hukum alam (sunnatullah) menetapkan bahawa yang tidak berubah hanyalah perubahan.Oleh kerana itu adalah suatu kerja gila jika kita hendak menyelesaikan 'masalah-masalah' masa depan yang hakikatnya belum berlaku.

Jangan cuba mengambil 'tempat' Tuhan untuk mengawal semua perubahan kerana yang mapu mengawalnya hanya Dia yang tidak berubah-ubah. Inilah hikmah mengapa qada dan qadar Allah rahsiakan dripada pengetahuan manusia.Agar dengan itu manusia boleh hidup tanpa diganggu walau sedikit pun pengetahuan tentang masa depan.

Dapatkah seorang yang sihat makan dengan enak jika mengetahui pada hari esoknya dia akan mati.Manusia boleh hidup aman tanpa mengetahui tentang masa depannya.
Madah pujangga : "Masa lalu adalah kelmarin yang telah mati.Masa depan adalah esok yang belum lahir...tetapi selamatkanlah hari ini yang sedang hidup."
Seorang manusia walau bagaimana kuat sekalipun,tidak akan mampu menanggung derita masa lalu dicampur beban kebimbangan masa depan,lalu dipikul bersama masalah hari ini.Tiga beban pada satu masa boleh menyebabkan seorang genius dihantar ke hospital sakit otak . Life made it simple!.

Mungkin anda akan bertanya,kalau bagitu salahkah kita merancang untuk masa depan?Tidak.Pendek angan-angan bukan bererti tidak bersedia untuk hari esok.Fikirkan hari esok tapi jangan khuatir.Mungkin sama banyak bezanya antara angan-angan dan cita-cita.Sesiapa yang khuatir tentang hari esok ,akan mensia-siakan peluang yang ada pada hari ini.Sebaliknya sesiapa yang berfikir tentang hari esok , akan memanfaatkan peluang pada hari ini.